Edupark , Innohub PSP Menyerlah Di MTE 2018 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Edupark , Innohub PSP Menyerlah di MTE 2018

Edupark , Innohub PSP Menyerlah di MTE 2018

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Program Edupark dan program Innohub Putra Science Park UPM berjaya di dalam percubaan kali pertama  menyertai pameran dan pertandingan penyelidikan Malaysia Technology Expo (MTE) pada  22-24 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

 

Ke dua-dua program berbentuk perkhidmatan inovasi ini, berjaya merangkul pingat perak disamping  penyertaan  6 penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) lain yang turut berjaya membawa pulang  5 pingat perak dan 1 gangsa.

Ini adalah kali pertama UPM menghantar program berbentuk perkhidmatan untuk menyertai pertandingan R&D di peringkat kebangsaan, MTE 2018, yang sememangnya mempunyai kriteria penjurian yang tinggi.

Program Edupark di ketuai oleh Prof Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman, Timbalan Pengarah Edupark , Putra Science Park (PSP) manakala Program Innohub diketuai oleh En. Ahmad Zakir Dato Wira Jaafar, CEO Pengkomersilan PSP UPM.

Kejayaan ini bakal membuka peluang kepada satu lagi pengiktirafan yang lebih besar kepada PSP dan UPM yang akan disertai tahun ini.

Kesemua pemenang menerima pingat beserta sijil yang disampaikan oleh Presiden Malaysian Association Research Scientist (MARS),  Dr. Wan Manshol W. Zin selaku ketua juri dan penganjur rasmi bagi MTE 2018.

Project Leader

Faculty

Title of Invention

Medal

DR. MOHD SHAHRIZAL DOLAH

Faculty Of Design And Architecture

Medical Rescue Vest

Silver

ASSOC. PROF. DR NAZLINA SHAARI

Faculty Of Design And Architecture

ALGATex: NATURAL ALGAE DYE FOR TEXTILE PRODUCTS

Silver

DR. EMILIA  ZAINAL ABIDIN

Faculty Of Medicine And Health Sciences

Smart Fruit Harvesting Basket

Bronze

DR. CHIA SUET LIN

Faculty Of Biotechnology And Biomolecular Sciences

Genetic Modification Of Newcastle Disease Virus For The Treatment Of Cancer

Silver

PROF DR AIN NADZIMAH ABDULLAH

Faculty Of Modern Languages And Communication

Abstractchecker.com

Silver

DR. MUHAMMAD ALIF REDZUAN ABDULLAH

Faculty Of Modern Languages & Communication

Animated Karaoke Assisted Vocabulary Learning

Silver

AHMAD ZAKIR DATO’ WIRA JA’AFAR

Putra Science Park UPM

Innohub the Market Validation Hub

Silver

ASSOC. PROF. DR. FARIDAH QAMARUZ ZAMAN

Putra Science Park UPM

Edu-tourism in leisure innovation

Silver

 

Oleh Asrizam Esam
Foto oleh Saleha Haron

Tarikh Input: 09/03/2018 | Kemaskini: 05/09/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUFA6~