EUMCCI Buka Peluang Kolaborasi Dengan PSP UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » EUMCCI Buka Peluang Kolaborasi dengan PSP UPM

EUMCCI Buka Peluang Kolaborasi dengan PSP UPM

SERDANG, 24 Julai 19 - EUMCCI dan PSP UPM membuka ruang perbincangan bagi mencari peluang kerjasama strategik di dalam pengkomersilan atau peluang perniagaan baharu antara dua benua.

EU-Malaysia Chamber of Commerce & Industry (EU-MCCI) merupakan gabungan 28 buah negara Eropah yang membentuk kesatuan pelabur benua Eropah di Malaysia. 

Prof Madya Dr Mohamad Fakri Zaky Jaafar, Timbalan Pengarah PSP menyatakan bahawa fokus utama perbincangan adalah mengenai syarikat start-up UPM di bawah program Innohub yang berpotensi untuk mencari peluang pelabur Eropah bagi mengembangkan perniagaan inovasi UPM. 

"Pelabur atau angle investor di Malaysia hanya berminat kepada produk atau syarikat yang boleh menghasilkan keuntungan atau ROI yang baik, sedangkan inovasi yang dihasilkan belum mencapai ketahap itu", katanya.

Beliau berkata, "Di sinilah kelebihan pelabur daripada Eropah yang mempunyai dana yang lebih besar dan berani untuk meletakkan pelaburan terutamanya kepada syarikat start-up yang baharu bermula untuk bertapak".

Lawatan ini diketuai oleh Mr. Roberto Benetello, CEO EU-MCCI, bersama Mr Shaun Adam, Public Policy and Gov Relations Manager, EUMCCI turut di bawa melihat pameran inovasi di Galeri Penyelidikan dan Inovasi PSP yang mempamerkan pelbagai teknologi UPM yang telah dikomersilkan.

Menurut Benetello,"  Di bawah program Horizon 2020 oleh European Union membolehkan syarikat Eropah mendapatkan dana bagi mengembangkan perniagaan dengan benua lain termasuk pelaburan di syarikat start-up Malaysia"' katanya.

Delegasi turut melawat fasiliti Innohub UPM yang menempatkan syarikat start-up UPM sambil bertukar pandangan bersama CEO syarikat start-up UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 25/07/2019 | Kemaskini: 25/07/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566449935