Fasa 3 Program Intensif RTTP 2025 Fokus Kepada Strategi Rundingan Dan Komersialisasi | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » Fasa 3 Program Intensif RTTP 2025 Fokus kepada Strategi Rundingan dan Komersialisasi

Fasa 3 Program Intensif RTTP 2025 Fokus kepada Strategi Rundingan dan Komersialisasi

Serdang, 9 September 2025 – Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Fasa 3 Program Intensif Registered Technology Transfer Professionals (RTTP) 2025. Program kali ini memberi tumpuan kepada topik utama bertajuk “Partnerships, Funding, and Strategic Negotiation” dan telah dirasmikan oleh Dr. Alwin Wong, RTTP, selaku Pengerusi Alliance of Technology Transfer Professionals (ATTP).

Antara pengisian penting adalah Modul Kursus 8: Negotiations & Commercialization Contract yang dikendalikan oleh dua pakar tersohor, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, RTTP, dan Prof. Dr. Samsilah Roslan, RTTP. Peserta didedahkan kepada prinsip rundingan dalam komersialisasi, pembentukan kontrak, simulasi rundingan, serta bengkel penyediaan draf kontrak bagi projek masing-masing, menjadikan sesi ini lebih interaktif dan berorientasikan praktikal.

Selain itu, peserta turut mendapat bimbingan teknikal menerusi sesi “Hands-on RTTP Online Application” yang disampaikan oleh Pn. Sherry Sokmum dari MRANTI. Sesi ini memberi panduan jelas kepada peserta dalam proses permohonan pengiktirafan Registered Technology Transfer Professional (RTTP) di peringkat antarabangsa, sekali gus membuka peluang untuk pengiktirafan global dalam bidang pemindahan teknologi.

Tarikh Input: 10/09/2025 | Kemaskini: 10/09/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (01:19:44am-01:24:44am, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]