InnoHub Talk Session #4 | 2026 – Startup Ecosystem & Cradle Initiatives | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » InnoHub Talk Session #4 | 2026 – Startup Ecosystem & Cradle Initiatives

InnoHub Talk Session #4 | 2026 – Startup Ecosystem & Cradle Initiatives

20 Mei 2026 : InnoHub Talk Session #4 | 2026 – Startup Ecosystem & Cradle Initiatives

Sesi ini telah dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan disampaikan oleh Encik Mohd Noor Hisham Abdul Bari, Assistant Vice President, Cradle Fund Sdn. Bhd.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Noor Fadilah Ayu Wichi, Pegawai Eksekutif, selaku pengendali sesi.

Sesi InnoHub Talk bersama pihak Cradle ini memberi pendedahan mengenai MYStartup, iaitu satu inisiatif nasional yang diterajui oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. bagi memperkukuh dan mempercepat pembangunan ekosistem startup di Malaysia melalui platform sokongan menyeluruh kepada pengasas startup. Selaras dengan agenda startup nasional dan aspirasi KL20, MYStartup menghubungkan usahawan dengan pemain ekosistem, peluang industri, mentor, akses pembiayaan serta inisiatif pembangunan pasaran melalui platform MYStartup Single Window.

Melalui program seperti MYStartup Bootcamp, Pre-Accelerator, Accelerator, sesi padanan mentor, program pembangunan komuniti serta inisiatif pembangunan ekosistem, MYStartup membantu startup bermula daripada proses validasi idea dan pembangunan perniagaan sehingga ke peringkat penskalaan dan pengkomersialan.

Selain itu, pihak Cradle turut memainkan peranan penting dalam pembangunan landskap startup Malaysia melalui program pembiayaan utama iaitu CIP Spark (pembangunan) dan CIP Sprint (pengkomersialan). Inisiatif ini membantu startup peringkat awal dalam memvalidasi idea, membangunkan penyelesaian inovatif, mempercepatkan proses pengkomersialan serta membangunkan perniagaan yang mampan merentasi pelbagai industri.

Seramai 133 peserta telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada 128 peserta secara dalam talian dan 5 peserta secara fizikal, melibatkan InnoHubbers serta warga UPM.

Tarikh Input: 22/05/2026 | Kemaskini: 22/05/2026 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (03:20:42am-03:25:42am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]