23 April 2025 : Slot Tandatangan Perjanjian Pelesenan Bagi Teknologi “Agrivoltaic Sheep Sanctuary” oleh syarikat AgroPV Integrated Sdn. Bhd. Teknologi ini adalah hasil penyelidikan Prof.Madya Ir. Dr. Mohammad Effendy Bin Yaakob daripada Fakulti Kejuruteraan.
Teknologi ini merupakan satu pendekatan inovatif yang menggabungkan teknologi tenaga boleh diperbaharui dengan amalan pertanian dan penternakan yang mampan. Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pertanian dan penternakan dengan memanfaatkan sumber tenaga bersih, mengurangkan kos tenaga, dan memperbaiki kualiti alam sekitar.
Teknologi ini direka untuk membantu petani mengintegrasikan pengeluaran tenaga solar dengan penternakan kambing. Amalan pertanian terkini iaitu agrivoltaik dan penternakan ini dapat membantu menyampaikan elemen inovasi dalam Industri Solar dan Keterjaminan Makanan negara.
Perjanjian ditandatangani oleh Puan Noor Fadzlinda Othman selaku Pengarah, AgroPV Integrated Sdn.Bhd dan wakil saksi daripada Syarikat iaitu Prof. Madya. Ir. Dr. Mohammad Effendy Bin Ya`acob selaku Chief Technical Officer (CTO), AgroPV Integrated Sdn.Bhd.
Turut meraikan majlis ini adalah pihak SME Corp. Malaysia yang diketuai oleh Puan Nor Hidayaty Mohd Nor (Timb.Pengarah, Bahagian Pembangunan Sektoral dan Adaptasi Teknologi) iaitu selaku badan yang memberi dana Pre-Comm melalui Program Ekosistem Inklusif PMKS (i-SEE) kepada syarikat AgroPV Integrated Sdn.Bhd.
Majlis ini telah di hos kan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park).
Tarikh Input: 23/04/2025 |
Kemaskini: 23/04/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA