Inovasi E-Site Inventory Mudahkan Kumpul Data Di Tapak Projek | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Inovasi E-Site Inventory Mudahkan Kumpul Data Di Tapak Projek

Inovasi E-Site Inventory Mudahkan Kumpul Data Di Tapak Projek

SERDANG, 3 April:  e-Site Inventory, inovasi aplikasi “semua dalam satu” telah membolehkan kerja pengumpulan data di tapak projek dilakukan jauh lebih mudah berbanding kaedeah konvensional, manakala maklumat yang diperoleh juga lebih tepat.

Berasaskan aplikasi telefon bimbit dan menggunakan teknologi telekomunikasi terkini, e-Site Inventory ini boleh melaksanakan pelbagai fungsi seperti memuat turun pelan, mengambil imej atau gambar dengan saiz pixel gambar yang boleh dihadkan, menentukan kedudukan koordinat x dan y di atas muka bumi, membuat lakaran di atas imej, dan memasuk serta menyimpan maklumat atau nota secara sistematik dan tersusun.

Ini akan menyelesaikan kerja rumit dalam pengumpulan data di tapak projek yang selama ini dilakukan menggunakan kaedah konvensional dalam bidang rekabentuk, senibina, kejuruteraan dan penyelidikan.

Kaedah konvensional memerlukan segala peralatan seperti kamera, pelan, buku nota, alat peranti GPS dan pita ukur dibawa, yang menyukarkan golongan profesional, juru ukur dan pelajar bagi mendapatkan data, sekali gus boleh mengakibatkan kerja pengumpulan data menjadi tidak tepat.

“Pengalaman yang saya lalui dan kepayahan yang ditempoh pelajar membawa banyak peralatan dan pelan yang bersaiz besar telah mencetuskan idea untuk membangunkan e-Site Inventory,” kata Timbalan Dekan (Akademik, Antarabangsa dan Hal Ehwal Pelajar), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Johari Mohd Yusof yang membangunkan inovasi itu.

Beliau bersama Prof. Madya LAr. Dr. Osman Mohd Tahir dan ‘programmer’ tempatan, Mohd Fakhrurrazi Mahmood memulakan penyelidikan pada 2014 dan inovasi itu mendapat hak cipta pada 2015.

“Dengan hanya menggunakan sebuah telefon bimbit atau tablet, kerja-kerja pengumpulan data dapat dilaksanakan. Aplikasi ini boleh dimuat naik melalui android play store,” kata Dr. Mohd Johari.

Selain memudahkan pelajar, katanya, inovasi ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar kerana pelajar tidak lagi menggunakan atau membawa kertas ke kawasan tapak kerana semua maklumat dan lakaran dilakukan dalam e-Site Inventory.

Beliau berkata, aplikasi e-Site Inventory versi 1.0 itu juga mampu menghantar maklumat yang dikumpul di tapak projek melalui kemudahan e-mel yang dibina dalam aplikasi berkenaan tanpa perlu balik ke pejabat, sekali gus dapat memastikan data yang dikumpul adalah dari tapak sebenar.

Menurutnya, aplikasi inventori maklumat alat tulis atau inventori dalaman bangunan memang sudah banyak terdapat di pasaran tetapi aplikasi khusus untuk kerja pengumpulan atau inventori tapak masih tiada di pasaran.

“Gabungan fungsi dan kemudahan e-mel dan had saiz imej menjadikan aplikasi ini unik, ia belum dibangunkan oleh mana-mana individu atau institusi,” katanya.

 Menceritakan usaha membangunkan inovasi itu, Dr. Mohd Johari berkata, pada awalnya beliau berdepan masalah mencari ‘programmer’ sehingga perlu memaklumkan (blast) dalam kumpulan WhatsApp rakan-rakan sekolah rendahnya Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru mengenai hasratnya mencari ‘programmer’.

“Ketika itu tempoh untuk membangunkan inovasi ini semakin singkat.  Melalui WhatsApp itu, seorang rakan sekolah rendah mencadangkan saya untuk menghubungi Mohd Fakhrurrazi. Alhamdulillah usaha itu kemudian berjalan lancar,” katanya.

Katanya, beliau kini dalam peringkat membangunkan e-Site Inventory versi 2.0 pula yang akan mempunyai kemudahan rakaman video, melakar menggunakan pelbagai warna serta mengukur ketinggian pokok atau bangunan.

Aplikasi e-Site Inventory versi 1.0 itu memenangi anugerah “The Best Award” dan pingat emas pada Malaysia Technology Expo (MTE) 2016, ‘merit award’ pada Malaysia Landscape Design Award 2015 (MLAA 2015), pingat gangsa pada Innovation Practices in Higher Education Expo 2015 (I-PHEX 2015), pingat perak pada International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning 2015 (PECIPTA’15), pingat emas pada International Invention, Innovation & Design 2015 (IIID 2015); dan pingat emas pada National University Carnival one-learning 2014 (NUCEL 2014). - UPM

e-site2

Beliau yang juga Mantan Pengarah INTROP berkata, institut itu yang mencapai usia 10 tahun penubuhannya tahun ini, telah meraih banyak kejayaan terutamanya di peringkat nasional sebagai pusat rujukan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pengurusan fiber semulajadi dan biokomposit.

Katanya, cabaran sekarang adalah untuk INTROP meneroka dan mensasarkan pula ke arah lebih banyak kejayaan diperingkat antarabangsa.  

“Pelbagai pengiktirafan yang diterima oleh INTROP hari ini bukan datang bergolek, tetapi melalui usaha yang bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Terbuka Inovasi (IOD) UPM 2016 yang dianjurkan oleh INTROP  di sini. Turut hadir Pengarah INTROP,Prof. Dr. Paridah Md Tahir.

IOD 2016 itu yang bertemakan “Sustaining Green Growth 2.0” adalah kali kedua diadakan oleh INTROP.  Sebanyak  21 produk dipamerkan yang terdiri daripada lapan produk berpotensi untuk dikomersilkan , 12 produk membangun (emerging) dan satu produk komuniti.

Prof. Dr. Paridah dalam ucapannya pula berkata INTROP akan terus memberi fokus kepada penyelidikan dalam bidang tujahannya selaras dengan peranan dan tanggungjawab memartabatkan pembangunan produk kayu dan gentian asli.

Katanya, semua pihak termasuk pensyarah dan penyelidik sememangnya memberi komitmen tinggi dalam penyelidikan yang dijalankan.

Pada majlis itu, Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara INTROP dan Persatuan Industri Perabot Kuala Lumpur dan Selangor (KLSFIA), yang bertujuan antara lain untuk membangun dan mengadakan kerjasama penyelidikan dalam bidang yang berkaitan, serta menyediakan pertukaran/penempatan bagi kakitangan serta pelajar di UPM dan ahli KLSFIA.

INTROP diwakili Prof. Dr. Paridah, manakala  KLSFIA oleh Presidennya, Dato’ Dr. Eric Lee pada majlis menandatangani MoU itu. – UPM

 

 

UPMIOD Introp 2016

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 12/04/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdBAr~