Inovasi Skyridder Raih Pingat Emas MIIX 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Inovasi Skyridder Raih Pingat Emas MIIX 2022

Inovasi Skyridder Raih Pingat Emas MIIX 2022

 

SERDANG , 28 April - Tahniah Kumpulan Kreatif dan Inovatif, Langit Putra, Putra Science Park & Pejabat TNCPI UPM, diketuai oleh Asrizam Esam serta Muhammad Izzat Nor Adzmi, Mohammad Hisham Omar dan Norliyana Kamaruddin, yang telah memenangi pingat Emas di Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX) 2022 International yang diadakan secara dalam talian pada 28 April 2022.

Menurut Asrizam, alat inovasi Skyridder merupakan alat pemotong dawai pemegang tunggal, yang telah digunapakai di dalam UPM ini sejak tahun 2019, akan dapat membantu komuniti terutamanya menyelesaikan masalah ini.  Skyridder pula dapat mempercepatkan 80% masa kerja membuang dawai berbanding penggunaan tangga, hanya memerlukan seorang pengendali berbanding 2 hingga 3 orang, mampu mencapai ketinggian 5.5  meter dari  aras  tanah dan  hanya seberat 1.7kg.

Isu utama disebabkan oleh penggunaan gegantung pengiklanan dan iklan haram. Bunting atau gegantung menjadi pilihan pengiklanan program utama di UPM menyebabkan banyak dawai ditinggalkan. Kerja pemasangan gegantung /bunting baharu menjadi sukar disebabkan dawai lama dan serpihan bunting ditinggalkan pada tiang lampu disekitar UPM setelah tamat setiap program di jalankan.

Kaedah semasa menggunakan tangga yang sukar dan risiko terjatuh tangga sewaktu menurunkan bunting menyebabkan dawai ditinggalkan terbiar. 

Dawai lama dan serpihan kayu turut mencemarkan pemandangan dan memberi imej negatif kepada warga luar negara.

Penggunaan tangga yang berat dan setiap lokasi tiang lampu mempunyai pelbagai halangan seperti ruang sempit, pokok, longkang, pembahagi jalan. Terdapat juga alat khas yang diimport dengan kos yang tinggi dan mempunyai limitasi daripada capaian ketinggian. Kurang kesedaran terhadap dawai yang ditinggalkan mencemarkan alam sekitar dan pemandangan.

Diharapkan hasil inovasi ini akan turut dapat meningkatkan kesedaran komuniti dan juga pemain industri terhadapa isu kebersihan tiang lampu yang dipandang sepi selama ini.

Pihak Berkuasa Tempatan turutumemainkan peranan penting setiap tahun bagi menangani isu ini, namun kebersihan tiang lampu dikawasan komuniti masih menjadi tanggungjawab pihak komuniti sendiri.

Diharapkan terdapat pihak industri yang berminiat untuk berkolaborasi dengan pihak UPM agar dapat dikomersilkan supaya inovasi ini dapat memberi manfaat kepada komuniti, industri dan juga persekitaran.

 

 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 25/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEYWAJ~