Inovasi UPM Lepasi Peringkat Akhir AINS 2019 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Inovasi UPM Lepasi Peringkat Akhir AINS 2019

Inovasi UPM Lepasi Peringkat Akhir AINS 2019

SUBANG JAYA, 1 Ogos - Dua inovasi UPM berjaya lepasi peringkat akhir bagi menyertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2019 (AINS 2019) dan terpilih ke peringkat mempamerkan inovasi masing -masing untuk penilaian oleh pihak juri di Dewan, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 23 Julai 2019 yang lalu.

Prof Dr Vijayaletchumy dari FBMK, mempertandingkan inovasi "Set Efektif Pembelajaran Bahasa Melayu" dan Kumpulan KIK Langit Putra dari Putra Science Park-Pejabat TNCPI, membawa inovasi "Skytider-Mounting and Hanging Display Device " bagi AINS 2019.

AINS merupakan gabungan antara Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Selangor (diperkenalkan mulai tahun 2010) dan Program Cabaran My Innovation (diperkenalkan pada tahun 2015) yang bertujuan untuk memberi peluang kepada semua penduduk di Negeri Selangor yang meliputi individu / orang perseorangan / penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi ( IPT ) dalam mencetus idea baru yang kreatif dan inovatif ke arah pembudayaan inovasi di Negeri Selangor.

Objektif AINS pula adalah bagi mempromosi dan menonjolkan produk / hasil inovasi oleh segenap lapisan masyarakat; memberikan pengiktirafan kepada produk / hasil inovasi terbaik sebagai bentuk galakan kepada masyarakat di Negeri Selangor mengembangkan minat dan potensi yang berteraskan inovasi dan kreativiti; dan memupuk, membudaya dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam pekerjaan dan persekitaran masyarakat di Negeri Selangor.

Sebanyak 23 inovasi yang di bawah melalui daerah MPSJ bagi menyertai AINS kali ini dan penyertaan yang berjaya akan dibawa ke peringkat akhir dan di pamerakan di MITEC nanti. Ini adalah pertama kali inovasi daripada kumpulan KIK PSP iaitu Skytider, diketengahkan di peringkat negeri setelah memenangi beberapa anugerah di peringkat UPM dan universiti awam pada tahun 2018.

Tiga orang panel juri daripada Pejabat SUK Selangor telah mengadilii kesemua pempamer yang terlibat daripada pelbagai kategori iaitu Kategori Sektor Awam, Kategori Sektor Swasta, Kategori Akar Umbi, Kategori Sekolah dan Kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 

Tarikh Input: 14/08/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZHAP~