Kajian Antitumor Bawa Tuah Kepada Penyelidik UPM Raih Geran Penyelidikan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Kajian antitumor bawa tuah kepada penyelidik UPM raih geran penyelidikan

Kajian antitumor bawa tuah kepada penyelidik UPM raih geran penyelidikan

KUALA LUMPUR, 3 Dis (UPM) – Penggunaan virus sebagai agen anti tumor atau agen pencegah sel kanser membawa tuah kepada penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memenangi hadiah geran penyelidikan bernilai RM30 ribu dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Penyelidik Dr. Yeap Swee Kong, 31, yang menerima hadiah Anugerah Penyelidikan Kanser MAKNA 2013 (MAKNA Cancer Research Award 2013) berkata penyelidikannya mengenai Virus Penyakit Newcastle (NDV), iaitu virus yang selalu menyerang ternakan dikenal pasti sebagai agen anti kanser kerana sifatnya yang selektif terhadap sel kanser dan bukan pada sel hidup sihat yang normal.

“Mekanisme NDV sebagai agen anti kanser masih lagi berada di peringkat kajian dan kami di UPM sedang melihat sejauh mana keberkesanan NDV ini untuk mengekang sel kanser terutama kanser payudara,” katanya pada majlis Anugerah Penyelidikan Kanser MAKNA 2013 di sini.

Tarikh Input: | Kemaskini: | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1571599280