Kelas InnoHub kali ke - 2 bagi Kohort Jun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan bimbingan Prof. Madya Dr. Puteri Aina Megat Ameir Noordin selaku mentor Program InnoHub. Kelas ini telah dihadiri oleh penyelidik teknikal dan penyelidik pasaran daripada 8 projek yang berjaya dipilih bagi Kohort Jun 2026.
Kelas kedua ini merangkumi Module 1.2 Shifting Mindset from Innovators to Entrepreneurs , yang bertujuan membina kefahaman peserta mengenai asas keusahawanan, pemikiran strategik perniagaan serta persediaan awal ke arah pengkomersialan hasil penyelidikan.
Putra Science Park merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mentor serta semua peserta atas komitmen dan penyertaan yang diberikan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang sesi kelas ini menjadi asas yang kukuh dalam membangunkan syarikat pemula serta menjayakan pengkomersialan hasil penyelidikan.

Tarikh Input: 14/07/2026 | Kemaskini: 14/07/2026 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia