KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Kejayaan Anugerah Kumpulan Inovatif Dan Kreatif KIK | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Kejayaan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK

KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Kejayaan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK

    

SERDANG, 23 Jun - Ketua Pasukan KIK  PSP berkongsi kaedah pembangunan inovasi melalui kaedah  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kepada staf Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM yang terdiri daripada pegawai profesional dan pelaksana.

 Asrizam Esam selaku ketua kumpulan KIK Putra Science Park- TNCPI iaitu Langit Putra telah berkongsi pengalaman dan kaedah pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan oleh Langit Putra.

Sesi perkongsian ini telah diadakan di Putra Future Classroom FPP, yang dihadiri seramai hampir 30 peserta. Sesi perkongsian pelaksanaan gerak kerja inovasi dan kreatif ini adalah hasil inisiatif yang telah dijalankan oleh Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Pendidikan, iaitu Puan Norizajune Abu Bakar yang berhasrat untuk menjadikan aktiviti KIK sebagai budaya inovasi bagi FPP yang turut dapat diketengahkan di Hari Kualiti dan Inovatif Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun ini.

Beliau berharap warga FPP akan dapat menubuhkan pasukan KIK bagi mengatasi masalah yang ada di fakulti melalui kaedah inovasi dan seterusnya menyertai HKIPbagi tahun ini.

Menurut Asrizam, perkongsian kejayaan pasukan KIK Langit Putra diharap akan dapat memberi motivasi dan suntikan semangat kepada warga fakulti untuk terus giat menghasilkan idea baru, menyeleasikan masalah, dan menjana inovasi bagi membantu meningkatkan kreativiti dan juga produktiviti di FPP.

Outputnya adalah bagi meningkatkan kepuasan pelanggan FPP berdasarakan produktiviti yang meningkat. Penglibatan lebih banyak warga UPM ke arah penghasilan inovasi baharu akan turut meningkatkan penjanaan harta intelek baharu yang dapat dikomersialkan dan akan dapat membantu Universiti mencapai Sasaran KPI pengkomersialan yang turut disumbangkan oleh pegawai profesional dan pelaksana di UPM,

 

Biodata Asrizam Esam

Penglibatan bidang keratif dan inovatif  -  Juri KIK / Inovasi Perkhidmatan

Inv. Asrizam bin Esam ialah  aktif mempelopori aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di peringkat jabatan , UPM dan agensi luar. Sejak 2011, beliau memimpin beberapa kumpulan ICC/KIK di UPM, antaranya sebagai Ketua Innovative and Creative Circle (ICC) PROTEN dan Orbit Jingga, di kini mengetuai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Langit Putra yang menghasilkan inovasi seperti Skypatcher, Skytider dan Skyridder untuk pengurusan gegantung dan dawai pada tiang lampu.

Melalui kumpulan Langit Putra ini, beliau telah mengetuai pelbagai projek inovasi yang memenangi pelbagai anugerah iaitu pingat emas, perak  dan juga anugerah khas di konvensyen KIK universiti awam, Malaysia Technology Expo (MTE), Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX), STEM Invention & Innovation Competition (SIIC), dan APIC anjuran Malaysia Productivity Corporation. Penglibatan aktif ini menjadikannya antara wajah utama pembudayaan inovatif dan kreatif, pertandingan KIK di UPM, dengan pengalaman sebagai ketua projek inovasi perkhidmatan dan alat teknikal yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Di samping memimpin kumpulan KIK, Asrizam turut dilantik sebagai juri KIK dan fasilitator inovasi di beberapa organisasi. Antaranya, beliau pernah menjadi Juri Pertandingan (KIK) Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2023, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, serta fasilitator dalam Bengkel Penilaian Produk ICC JKR yang menekankan penilaian sistematik terhadap produk inovasi. Di UPM, beliau kerap menjadi juri Anugerah Inovasi Perkhidmatan (HKIP UPM), juri pertandingan video inovasi, juri pertandingan sajak kemerdekaan, dan pertandingan penulisan sajak. Beliau turu aktif menggerakkan inisiatif budaya membaca melalui aktiviti Sudut Bacaan PSP selain pernah menjadi moderator bagi program ulasan buku di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Selain itu beliau berperanan sebagai fasilitator dan penceramah program “Pemikiran Kritis & Inovatif” dan “Pelaksanaan Gerak Kerja Inovasi dan Kreatif” untuk Program Transformasi Minda (PTM) bagi pegawai lantikan baharu UPM, serta penceramah jemputan KIK dif akulti dan pusat di UPM. Selain itu, beliau turut berkongsi dengan pengalaman mengenai kejayaan KIK secara konsisten kepada agensi luar seperti INTANBK, JUPEM, dan lain -lain.

Gabungan pengalaman sebagai ketua kumpulan KIK, pengurus projek inovasi, fasilitator latihan, dan juri pertandingan inovasi menjadikan Asrizam Esam aktif bukan sahaja sebagai pelaksana tetapi juga sebagai penilai dan pembimbing dalam ekosistem KIK, inovasi perkhidmatan, dan pengkomersilan teknologi di sektor awam dan universiti.

 

Anugerah utama Di dalam Pertandingan Inovasi dan KIK

Pencapaian terdahulu, Asrizam Esam selaku Ketua Kumpulan Langit Putra telah dianugerahkan Par Excellence Award International Convention dipertandingan KIK anatrabangsa iaitu Quality Control Circles (ICQCC-2021) di Hyderabad India (secara maya) anjuran QCF India. Selain itu Juara Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Putra Malaysia UPM, 2017, memenangi pingat emas dan Anugerah Persembahan Terbaik di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -14 2018 di Universiti Malaya,  memenangi pingat emas dan Anugerah Persembahan Terbaik di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -15 2019 di Universiti Teknikal Melaka dan memenangi pingat emas Annual Productivity & Innovation Conference 2020 Corporation and Exposition (APIC) anjuran MPC tahun 2020. 

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 31/07/2026 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (02:24:08am-02:29:08am, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]