KIK Langit Putra Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » KIK Langit Putra Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022

KIK Langit Putra Sertai Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin 

SEPANG, 22 Ogos- KIK Langit Putra telah mengambil bahagian di pertandingan Anugerah Inovasi Negeri Selangor anjuran Negeri Selangor pada 22 Ogos 2022 yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Bandar Baru Salak Tinggi.


Dengan tema yang memfokuskan kepada Inovasi, pameran dan persidangan sehari ini bertujuan menghimpunkan para profesional yang bersemangat dari pelbagai bidang di Selangor untuk mempamerkan ciptaan terbaru mereka kepada industri dan orang ramai. 

 

Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS) bertujuan memberi peluang kepada semua penduduk Negeri Selangor yang meliputi individu, penjawat awam, syarikat swasta, pelajar sekolah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam cetusan idea baharu yang kreatif dan inovatif ke arah budaya inovasi di Negeri Selangor.

 

Skyridder

 

Kumpulan KIK Langit Putra terdiri daripada  sekumpulan staf bukan akademik dari Pejabat TNCPI dan PSP seramai 5 ahli yang diketuai oleh En Asrizam.
Pada pertandingan kali ini, Langit Putra telah mempertanding serta mempamerkan inovasi Skyridder berdasarkan dua versi prototaip produk kepada juri dan pelawat yang hadir

Skyridder adalah alat yang digunakan untuk mengatasi kesukaran mengeluarkan wayar lama pada tiang lampu. Ciptaan ini dibangunkan khas dengan tujuan untuk mempromosikan cara yang lebih baik untuk mengeluarkan serpihan kayu dan dawai besi yang telah karat pada tiang lampu selepas iklan banting diturunkan.

 

Dawai besi yang dibiarkan berkarat bersama kepingan bunting sampah yang ditinggalkan di tiang lampu akan menyukarkan pemasangan penyangkut baharu dan juga mencemarkan pemandangan alam sekitar sekaligus menjejaskan imej kebersihan. 

 

Menurut Asrizam, inovasi skyridder memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan. Ciri-ciri skyridder direka untuk memastikan keselamatan pekerja semasa proses pelupusan wayar berjalan lancar, mudah dan cepat.  

 

Skyridder telah dianugerahkan dengan pelbagai pencapaian termasuk Pingat Emas, Malaysia Invention & Innovation Expo (MIIX) 2022 International, Anugerah Emas bagi Regional Convention on Team Excellence (RISTEX) 2020, Tempat Pertama dan Anugerah Emas untuk Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018, Tempat Pertama dan Anugerah Emas bagi Anugerah Kumpulan Inovatif dan UPM Kreatif, 2017. 

Terdahulu, Asrizam Esam selaku Ketua Kumpulan Langit Putra telah dinobatkan Juara Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Putra Malaysia UPM, 2017, memenangi pingat emas dan Anugerah Persembahan Terbaik di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -14 2018 di Universiti Malaya,  memenangi pingat emas dan Anugerah Persembahan Terbaik di Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -15 2019 di Universiti Teknikal Melaka dan memenangi pingat emas Annual Productivity & Innovation Conference 2020 Corporation and Exposition (APIC) anjuran MPC tahun 2020.

 

Projek Inovasi oleh Asrizam Esam


  1. Ketua Projek, “Kesukaran Membuang Dawai Lama pada Tiang lampu” 2019
    Kumpulan Langit Putra, Putra Science Park UPM
    - Inovasi digunakan di PSP, COSCOMM, BHEP, UPMKB, KRT Taman Sinaran
    - Pelaksanaan Program Bebas Dawai – program tahunan UPM
  2. Ahli, Projek Inovasi Perkhidmatan, Roboarah : Sistem Penunjuk Arah 2018
    Di Dalam Bangunan Pejabat, Kumpulan LP 1.0, PSP UPM
    - Inovasi digunakan di PSP, IPSAS dan Fakulti Pengajian Pendidikan
  3. Ketua Projek, Projek Inovasi Perkhidmatan, Skyridder - Alat membuang 2018
    dawai karat pada tiang lampu, Kumpulan LP Dua, PSP UPM
  4. Ketua Projek, Kesukaran Memasang dan Menurunkan Bunting pada Tiang 2017
    Kumpulan Langit Putra, Putra Science Park UPM
    - Inovasi digunakan di PSP, COSCOMM, Pusat Sains Marin PD, UPMKB
  5.  Ketua Projek Inovasi “Aircon S.O.S - Pelindung Kebocoran Pam Air Easi- 2017
    Flo Pada Pendingin Hawa” Kumpulan Putranovasi, PSP
    - Inovasi digunakan di Putra Science Park
  6.  Ketua Projek Inovasi “Skytider - Alat Penggantung Bunting di tiang lampu” 2016
    Kumpulan Langit Putra, Putra Science Park UPM
  7.  Ahli Projek Inovasi “1 Research & Innovation Activity for University Modul” 2016
    Kumpulan RIA, Pejabat TNCPI UPM
    - Inovasi digunakan bagi Pembangunan Prosedur dan Garis Panduan Pengurusan
    dan Pelaksanaan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, MS ISO 9001:2008

Tarikh Input: 23/08/2022 | Kemaskini: 31/07/2026 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (06:00:19am-06:05:19am, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]