9 Disember 2025 - Putra Science Park telah menerima kunjungan Dr. Hiran Vedam dari Ashwatta bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memangkin pengkomersilan paten universiti melalui ekosistem syarikat pemula yang dinamik. Putra Science Park diwakili oleh Pengarah, Prof. Dr. Samsilah Roslan dan Timbalan Pengarah Pembangunan Perniagaan, Dr. Nur Aliaa Abd Rahman.
Ashwatta merupakan syarikat modal teroka yang memangkin penghasilan syarikat pemula melalui pelbagai bimbingan dan latihan. Perbincangan telah menjurus kepada potensi kerjasama dalam teknologi berkaitan iklim dan kelestarian, antaranya varieti tanaman tahan iklim, teknologi nano untuk kesihatan akar tanaman, rawatan bakteria tersuai untuk kesihatan tanah, serta produk biopestisid berasaskan bahan natural yang lebih selamat dan mesra alam.
Berkongsi matlamat dan visi yang sama, Putra Science Park dan Ashwatta teruja untuk meneroka peluang kerjasama dalam melahirkan lebih banyak syarikat pemula berkualiti tinggi yang mampu memasarkan harta intelek universiti secara berkesan serta memberi impak positif kepada masyarakat dan industri.
Tarikh Input: 09/12/2025 |
Kemaskini: 09/12/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA