Kunjungan Lantera Ilmu, PSP Ke Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Kunjungan Lantera Ilmu, PSP ke Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas

Kunjungan Lantera Ilmu, PSP ke Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas

9 Mac, PERAK - Seramai 4 orang ahli pengurusan tertinggi Sudut Bacaan Lantera Ilmu, Putra Science Park UPM telah mengunjungi Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 9 Mac 2023 sebagai sebahagian daripada siri lawatan kerja semasa menyertai Pameran Hari Landskap Negara 2023 yang diadakan di Bandaraya Ipoh.


Delegasi PSP disambut oleh Pegawai Eksekutif Kanan Pusat Sumber Maklumat, UTP, Pn Siti Nurbaya Abd Karim. Menurut beliau, Pusat Sumber Maklumat UTP memulakan perkhidmatannya pada tahun 1997 di sebuah dewan serbaguna dengan koleksi lebih 20 000 naskah buku yang tersedia untuk 100 pengunjung sahaja.


Kunjungan yang diketuai oleh Encik Asrizam Esam selaku Pengerusi, Puan Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, Timbalan Pengerusi 1, Cik Nor Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi 2, dan Encik Mohd Hisham Omar selaku Pegawai Perhubungan (Seni) Sudut Bacaan Lantera Ilmu PSP, berpeluang mengunjungi Pusat Sumber Maklumat, UTP yang sangat cantik dekorasinya serta unik.

Sesi dimulai dengan kunjungan ke setiap sudut yang terdapat di Pusat Sumber Maklumat, UTP seperti di Koleksi Platinum yang menyimpan koleksi sejarah negeri Perak, dan Rak Terbuka kepada para pengunjung.


“Pada tahun 1998, Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas telah dijenamakan sebagai Information Resource Center (IRC) yang kini terkenal dengan seni bina rak-rak buku yang tinggi. Sehingga kini, terdapat hampir 210,000 koleksi bahan bercetak dan juga digital yang digunakan untuk keperluan pembelajaran para pelajar. Fasiliti yang canggih dan selesa mampu untuk menampung kapasiti pengunjung seramai 300 orang pada satu masa,” tambahnya lagi.


Selain itu sesi perkongsian oleh kedua-dua pihak mengenai sejarah penubuhan, aktiviti yang telah dijalankan serta hala tuju. Pada kesempatan ini juga Lantera Ilmu menjemput Pusat Sumber Maklumat UTP bekerjasama jika berkesempatan.

Usaha ini mendapat sokongan padu daripada pihak Pusat Sumber Maklumat UTP bagi meningkatkan budaya membaca dikalangan warga universiti dan komuniti setempat amnya.


Pengurusan tertinggi Sudut Bacaan Lantera Ilmu, PSP mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada ahli pengurusan IRC, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di atas kesempatan yang diberikan. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kunjungan dari Lantera Ilmu.


Semoga usaha sebegini dapat terus diadakan dari masa ke semasa bagi mengeratkan lagi fungsi kedua-dua pihak untuk terus membudayakan amalan membaca dan memberi manfaat kepada warga universiti.

 

 

Tarikh Input: 23/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETLAU~