Kunjungan Peserta BEE Program @ SBE | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Kunjungan peserta BEE Program @ SBE

Kunjungan peserta BEE Program @ SBE

SERDANG, 29 Oktober 2025 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan peserta BEE Program @ SBE, UPM iaitu 24 orang pelajar pasca siswazah dari Kyushu Institute of Technology (Kyutech).
 
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta kepada ekosistem inovasi dan komersialisasi penyelidikan di UPM, serta memberi pendedahan tentang bagaimana teknologi dan inovasi tempatan diterjemahkan kepada penyelesaian industri dan perniagaan.
 
Wakil PSP, Inv Asrizam Esam, Ketua Seksyen Korporat & Hubungan Strategik, turut berkongsi mengenai inisiatif serta peranan PSP dalam memperkasa budaya inovasi dan jaringan strategik industri.

Tarikh Input: 01/11/2025 | Kemaskini: 01/11/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (06:55:30pm-07:00:30pm, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]