Kursus Taskforce Pengkomersilan Inovasi Universiti Yang Pertama Bagi Tahun 2024 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » Kursus Taskforce Pengkomersilan Inovasi Universiti yang pertama bagi tahun 2024

Kursus Taskforce Pengkomersilan Inovasi Universiti yang pertama bagi tahun 2024

Pada 13,14 & 19 Ogos 2024 telah diadakan Kursus Taskforce Pengkomersilan Inovasi Universiti yang pertama bagi tahun 2024 di InnoHub,Putra Science Park oleh Unit Perkhidmatan Latihan,PSP. Seramai 28 orang ahli taskforce pengkomersilan inovasi ini yang telah dilantik dari kalangan pensyarah dan juga penyelidik Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan kursus ini. Kursus ini juga telah di rasmikan oleh YBhg. Profesor. Dr. Zamberi Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.

Objekktif utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan mengenai konsep dan matlamat taskforce pengkomersilan inovasi universiti secara teori dan teknikal , ianya turut memberi latihan dan nasihat kepada ahli agar dapat disampaikan kepada penyelidik di PTJ/Fakulti dalam meningkatkan kesedaran dan keupayaan penyelidik untuk memahami serta menguruskan proses pemindahan teknologi. Kursus ini turut memberi kefahaman dalam selok belok pemfailan dan perlindungan harta intelek serta urusan yang berkaitan dengan aktiviti pemindahan teknlogi dan pengkomesilan inovasi.

Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 23/08/2024 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (02:27:28am-02:32:28am, 28 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]