Lantera Ilmu, Anjur Program Perkongsian Amalan Budaya Membaca Malaysia-Indonesia | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Lantera Ilmu, Anjur Program Perkongsian Amalan Budaya Membaca Malaysia-Indonesia

Lantera Ilmu, Anjur Program Perkongsian Amalan Budaya Membaca Malaysia-Indonesia

 May be an image of 5 people, people sitting and indoor

20 Mac 2023, SERDANG- Warga Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia terus komited dalam membudayakan amalan membaca bukan sahaja terhad di persekitaran pejabat tetapi juga di peringkat antarabangsa di mana program kali ini melibatkan kerjasama penceramah yang dijemput dari Padang, Indonesia. 

Sudut Bacaan Lantera Ilmu, di bawah program READ@UNI Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Perkongsian Amalan Budaya Membaca Malaysia-Indonesia bertujuan untuk meningkatkan literasi dan budaya amalan membaca serta meningkatkan aktiviti kebudayaan di kalangan staf Putra Science Park dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.

Program yang bertempat di Sudut Bacaan Lantera Ilmu, Putra Science Park, UPM telah dijalankan pada 17 Mac 2023 bermula jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang waktu Malaysia.

Pada sesi perkongsian kali ini, Cik Rizka Hidayatul Husna, seorang mahasiswi dan wartawan akhbar Ganto Universitas Negeri Padang, Indonesia berkongsi pengalamannya terlibat sebagai sukarelawan bersama Ruang Baca Rimba Bulan, Indonesia. Ruang Baca Rimba Bulan merupakan Taman Baca Masyarakat pertama yang ditubuhkan di Padang Panjang Indonesia yang diusahakan oleh para sukarelawan setempat.

May be an image of 10 people, people standing, people sitting, headscarf and indoor 

Sementara itu, sesi perkongsian ini turut dimanfaatkan dengan perkongsian beberapa kegiatan lain bagi meningkatkan amalan literasi dan budaya membaca serta turut berkongsi cabaran dalam menguruskan Ruang Baca Rimba Bulan.  

Menurut, Asrizam Hj Esam, selaku Pengerusi Sudut Bacaan Lantera Ilmu berkata, pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang tahun bagi menjayakan program Sudut Bacaan sebegini dan Lantera Ilmu berbesar hati dengan perkongsian oleh penceramah dari Universitas Negeri Padang. 

"Pelbagai kegiatan Rimba Bulan telah memberi cetusan inspirasi dan idea bagi Lantera Ilmu untuk dilaksanakan di sini bagi meningkatkan minat membaca dikalangan warga PSP dan UPM", katanya.

"Diharapkan program perkongsian diperingkat antarabangsa sebegini dapat dirancakkan lagi bagi pendedahan amalan membaca diperingkat global secara berterusan dan seterusnya dapat meningkatkan budaya membaca di PSP, RMC, Penerbit dan Pejabat TNCPI UPM", tambahnya lagi.

Beberapa persembahan kebudayaan turut disajikan  iaitu nyanyian lagu tadisi Melayu "Lemak Manis" dan "Kenangan" bagi memperkenalkan budaya lagu Melayu Malaysia. 

Deklamasi puisi turut di bacakan oleh Cik Nurul Alya Farzana,  pelajar latihan sangkutan daripada eDU-PARK dan termasuk juga deklamasi puisi oleh Cik Rizka sendiri.

Antara usaha lain yang dilakukan bagi menyuburkan budaya membaca, Sudut Bacaan Lantera Ilmu juga telah menambah beberapa naskah buku di mana seluruh warga PSP mahupun pelawat dapat meneroka bahan bacaan yang disediakan. 

Usaha pembudayaan membaca oleh warga UPM  tidak hanya terbatas di peringkat universiti sahaja, sebaliknya turut merangkumi peringkat komuniti dan antarabangsa.





Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdWAR~