Lawatan Pengerusi LPU UPM Ke Putra Science Park | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Lawatan Pengerusi LPU UPM ke Putra Science Park

Lawatan Pengerusi LPU UPM ke Putra Science Park

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

Serdang, 27 Mac - Putra Science Park UPM menerima kunjungan lawatan daripada Pengerusi LPU UPM, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo. Kunjungan tersebut disambut oleh pengurusan tertinggi Putra Science Park diketuai oleh, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad bersama timbalan pengarah Bahagian Harta Intelek, Prof. Dr. Rusmawati dan timbalan pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati. 

YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo meluangkan masa melawat ke Putra Science Park UPM pagi ini bertujuan untuk melihat perjalanan operasi PSP UPM serta senarai bidang tugas kakitangan di setiap seksyen merangkumi Bahagian Harta Intelek, Bahagian Promosi & Pengkomersilan, Seksyen InnoHub dan Seksyen Edu-Park. Lawatan ini juga merupakan salah satu platform perkongsian dan memperkukuhkan lagi jalinan hubungan di antara dua buah pejabat pentadbiran universiti. 

Dalam sesi lawatan kali ini juga, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo turut menitipkan pesanan bagi mengangkat hala tuju PSP ke peringkat yang lebih tinggi. Warga PSP juga berkesempatan untuk mengajukan soalan kepada YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo. 

Sesi lawatan berakhir pada jam 12 tengah hari dengan Pengerusi LPU dibawa melawat ke Galeri Penyelidik UPM dan InnoHub serta beberapa kawasan di bawah seksyen Edu-Park.

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdQA4~