Leptorinth Tingkat Kesedaran Mengenai Bahaya Leptospirosis | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Leptorinth Tingkat Kesedaran Mengenai Bahaya Leptospirosis

Leptorinth Tingkat Kesedaran Mengenai Bahaya Leptospirosis

SERDANG, 22 April -  Penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM cipta inovasi permainan Leptorinth tingkat kesedaran mengenai bahayanya penyakit leptospirosis

 

Leptorinth adalah permainan kanvas hidup besar yang boleh dimain oleh 10 orang maksimum untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak untuk mempelajari leptospirosis. Permainan kanvas ini dicipta untuk kempen kesedaran mengenai bahayanya leptospirosis. Di dalam kanvas itu mengandungi sejumlah 42 lanngkah.

 

Ada 6 kategori informasi bermaksud setiap 6 langkah merujuk kepada jenis kategori informasi yang berbeza. Kategori informasi yang pertama (6 langkah yang pertama) adalah merujuk kepada informasi yang menerangkan apa itu leptospirosis. Kategori yang kedua (6 langkah yang seterusnya) adalah informasi dalam kategori cara merebak, diikuti dengan penyebab, simtom, cara mencegah dan rawatan. Permainan ini mestilah menggunakan telefon pintar yang mempunyai internet dan juga menggunakan dadu fizikal.

 

Si pemain bermula dengan imbas QR code untuk masuk ke Padlet, iaitu e-tool untuk menulis dan berkongsi informasi berkenaan leptospirosis yang mereka dapat sepanjang bermain permainan ini. Ini adalah kerana, pemain yang berkongsi informasi berkenaan leptospirosis yang terbanyak akan menjadi johan permainan. Si pemain akan menggulingkan dadu dan berjalan berpandukan nilai dadu yang dia dapat. Kemudian, pemain akan berhenti dan membaca arahan yang ditulis. Arahan itu juga mengandungi informasi yang mereka boleh kongsi ke dalam Padlet.

 

Pemain yang berhenti ke langkah penamat akan menamatkan permainan tersebut. Pemain yang mempunyai markah yang sama akan ditentukan pemenang berdasarkan perlawanan seterusnya di dalam permainan Kahoot. Permainan kanvas ini mempunyai AR video, 3D AR, e-tool seperti roda impian, Kahoot, memori padanan dan sebagainya. Permainan ini menggalakkan pemain bermain sambal belajar menggunakan e-tools untuk membantu dalam pembelajaran mengenai leptospirosis.

 

Menurut Prof. Madya Dr Syafinaz Amin Nordin daripada Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM selaku Ketua Projek , “Saya memilih untuk membangunkan inovasi ini kerana kami mahu menguji kesan gamifikasi dalam pembelajaran. Saya juga mahu mencipta permainan yang unik dan inovativ menggunakan konsep permainan yang baru dan menjadi kanvas pertama di dunia yang menggunakan teknologi untuk bermain permainan ini.”

 

Kelebihan inovasi ini berbanding dengan produk/teknologi sedia ada antaranya ialah :

  • Menggunakan pelbagai aplikasi teknologi (kod QR, teknologi berperanta AR, Imaginasi 3D dan alat e-pembelajaran) di dalam satu permainan kanvas yang menarik.
  • Boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah atau universiti.
  • Kaedah penyampaian maklumat yang menarik dan interaktif.
  • Meningkat keterlibatan kanak-kanak dan remaja di dalam proses pembelajaran dengan model 3D yang interaktif.


Projek penyelidikan ini telah dibangunkan menggunakan perisian Photoshop, kanvas, QR code generator, dan HP Reveal  bermula pada Jun 2017 dan tamat pada Sep 2017. Leptorinth juga telah memenangi Pingat emas di pameran  IUCEL 2017

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 23/05/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEQQAo~