Lima Emas Di MTE 2014 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Lima Emas di MTE 2014

Lima Emas di MTE 2014

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) membawa pulang lima pingat emas, 12 perak, 10 gangsa dan satu anugerah khas pada pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2014 pada 20-22 Februari lalu.

Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan berjaya mendapat emas sekaligus memenangi Anugerah Khas – The Very Best Award, melayakkan beliau mendapat hadiah wang tunai RM4,000 melalui penyelidikannya. Inovasinya, The Rubber Wall Damper for Framed Structure ialah penyerap getah gegaran damper dinding bagi mengurangkan kesan beban dinamik dan menghalang kerosakan bangunan akibat gegaran semasa bencana alam.

Emas kedua dimenangi oleh Dr. Rohaya Latip dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan ciptannya, Multimedia File Splitting Technique for Medical Data Grid Storage. Teknik ini mempunyai keupayaan untuk menguruskan data perubatan yang besar seperti echocardiogram, MRI dan Citi Scan yang dapat disimpan di dalam grid kemudahan pengkomputeran bernama Biruni Grid.

Emas ketiga, Private Android Safe Market: Be Part of Our Revolution in Security Industry hasil ciptaan Dr. Ali Dehghantanha juga daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merupakan inovasi keselamatan muat turun aplikasi untuk pengguna android.

Emas keempat berjaya dirangkul oleh Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin melalui penyelidikannya, Bi-Functional Heterogeneous Catalyst for Production of Non-Edible based Biodiesel, iaitu satu pembangunan sistem pemangkin heterogen untuk pengeluaran biodiesel secara besar-besaran dengan lebih efektif.

Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff daripada Institut Biosains meraih emas kelima UPM melalui produknya iaitu Premier Marine Collagen, kolegen yang dihasilkan daripada obor-obor yang boleh dimakan dan sesuai diaplikasikan bagi kegunaan dalam industri nutraseutikal, farmaseutikal, makanan dan kosmetik terutamanya untuk fabrikasi biobahan seperti pembalut luka dan tisu tiruan.

UPM juga memenangi Most Visitor-Friendly Booth dan menerima sebuah trofi pada malam majlis anugerah itu yang disampaikan oleh Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI.

 


mte2014


Tarikh Input: | Kemaskini: | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1571598712