Majlis Amanat Dan Apresiasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Majlis Amanat dan Apresiasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi

Majlis Amanat dan Apresiasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi

Majlis Amanat dan Apresiasi Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin 

 

SERDANG, 13 Januari - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) University Putra Malaysia menganjurkan Majlis Amanat dan Apresiasi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) pada 12 Januari 2023 bertempat di perkarangan lobi pejabat TNCPI. 

 

Majlis tersebut diadakan seiring dengan sambutan tahun baru 2023 bagi menyampaikan amanat dan meningkatkan semangat warga kerja TNCPI. Majlis tersebut dibuka dengan ucapan yang disampaIkn oleh YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPM diikuti dengan penghargaan sijil dan hadiah kepada para peserta yang tersenarai. 

 

Menariknya, kali ini majlis tersebut turut mengambil peluang menghargai bekas kakitangan TNCPI yang telah berhijrah ke organisasi lain. Ini merupakan tanda penghargaan kepada seluruh warga kakitangan TNCPI yang begitu komited dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan seiring dengan aspirasi ke-4 UPM dalam memartabatkan hasil penyelidikan negara. 

 

Turut hadi pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah Seksyen Promosi & Pengkomersilan Inovasi, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman. 

 






Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaOAO~