Majlis Gemilang Putra Dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2017 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2017

Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2017

SERDANG  24 Mei 2017 - Majlis Gemilang Putra dan Sambutan Hari Pekerja UPM 2017 telah diadakan di Dewan Besar, PKKSSAAS UPM dengan tujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan pekerja kepada kecemerlangan UPM, serta mengeratkan semangat kerjasama dan permuafakatan di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja.

 

Pemilihan untuk menerima anugerah berprestij itu adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang melambangkan kecemerlangan seseorang pekerja iaitu berpengetahuan, inovatif, kreatif, berdedikasi dan bermotivasi dalam menjalankan tugasnya untuk menghasilkan kerja yang kreatif.

 

Dua orang staf Putra Science Park, telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang mereka iaitu Suzalina Akma Awing, Pegawai Sains, Bahagian Putra IP dan Mohd Mas'Ataillah Ismail, Pereka di atas kecemerlangan tugasan yang telah berjaya dilaksanakan bagi tahun 2016.

 

Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata majlis yang diadakan itu adalah sangat penting sebagai ruang khusus mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap manifestasi, komitmen dan iltizam UPM yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 2016 dan mereka yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada universiti.

 

Beliau berharap pemberian anugerah cemerlang itu akan menjadi pendorong kepada staf lain untuk terus memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dalam segala aspek dan menjadikan UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia yang kompetitif.

 

Tahniah kepada semua penerima!

Tarikh Input: 11/08/2017 | Kemaskini: 11/08/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdSAh~