Pada 7 Mac 2025, mesyuarat atas talian diadakan antara Putra Science Park (PSP) UPM, UPM Innovations Sdn. Bhd., dan Satiri Sdn. Bhd. bagi membincangkan pelesenan teknologi varieti baharu tumbuhan "Axon Putra 001" (Axonopus compressus).
Teknologi ini merupakan hasil penyelidikan Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Juraimi dari Fakulti Pertanian UPM dan digunakan di padang sukan, khususnya di sekolah. Pelesenan dan pengkomersilan akan dijalankan melalui UPM Innovations Sdn. Bhd. dengan wakilnya, Dr. Nur Nasimi Abdul Latif dan Puan Azean Irdawati Mukhtar.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman bersama Puan Norhadida Irdayu Binti Mohd Hanafi dari Seksyen Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan, PSP UPM.
Tarikh Input: 07/03/2025 | Kemaskini: 07/03/2025 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia