Mesyuarat Kerjasama Projek Carbon Credit UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Mesyuarat Kerjasama Projek Carbon Credit UPM

Mesyuarat Kerjasama Projek Carbon Credit UPM

Pada 7 Mac 2025, Putra Science Park (PSP) UPM mengadakan mesyuarat bersama MoreADD Sdn. Bhd. dan Carbon Vault bagi membincangkan potensi kerjasama dalam projek Carbon Credit.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan), PSP UPM, dan dihadiri oleh Dato' Dzulkifly Abd Wahab (Carbon Vault), Encik Goay (MoreADD), serta Dr. Mohd Hazane Yacob (MoreADD).

Pihak industri melihat UPM sebagai rakan strategik kerana memiliki aset perhutanan dan aktiviti perladangan yang berpotensi dalam inisiatif kredit karbon, yang bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Tarikh Input: 07/03/2025 | Kemaskini: 07/03/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (07:19:35am-07:24:35am, 02 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]