Mesyuarat Strategik Putra Science Park (PSP) Bersama Ketua UDRP | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » Mesyuarat Strategik Putra Science Park (PSP) bersama Ketua UDRP

Mesyuarat Strategik Putra Science Park (PSP) bersama Ketua UDRP

Mesyuarat Strategik Putra Science Park (PSP) bersama Ketua UDRP telah diadakan pada 2 dan 3 April 2026 di Bilik Seminar Putra Science Park, mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Putra Science Park,YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan bagi membincangkan strategi permohonan geran pra-pengkomersilan dan pengkomersilan melalui gabungan inovasi berpotensi yang dihasilkan oleh penyelidik universiti.
 
Mesyuarat turut memberi pendedahan kepada penyelidik berkenaan geran pra-pengkomersilan yang diuruskan oleh PSP.
 
Selain itu, cabaran di peringkat fakulti turut dibincangkan bagi memastikan lebih banyak hasil penyelidikan berjaya dikomersialkan. Inisiatif ini diharap dapat memperkasa ekosistem inovasi universiti serta meningkatkan impak kepada industri dan masyarakat.
 
May be an image of table and text that says "UPM RCEE PUTRA UNTU PERTANIAN PUTRA SCIENCE PARK MESYUARAT STRATEGIK PUTRA SCIENCE PARK BERSAMA KETUA UDRP GERAN PRA-PENGKOMERSILAN DAN PENGKOMERSILAN) 2 2&3 3 APRIL 2026 12.30 PETANG 4.30 PETANG DAN PERMOHONAN BILIK SEMINAR, PSP EINOU Pertanian Inovasi Kehidupan Berilmu Berbakti 回00X upm.edu.my"

Tarikh Input: 04/04/2026 | Kemaskini: 04/04/2026 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (05:48:10pm-05:53:10pm, 25 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]