Naib Canselor UPM Berkunjung Ke Reruai UPM MAHA 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Naib Canselor UPM Berkunjung ke Reruai UPM MAHA 2022

Naib Canselor UPM Berkunjung ke Reruai UPM MAHA 2022

 

SERDANG, 6 Ogos – Menjelang Pameran pada hari ketiga Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 menyaksikan reruai Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengunjung untuk melihat pameran produk-produk inovasi daripada penyelidik UPM.

 

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman meluahkan rasa gembira dan berpuas hati dengan kehadiran pengunjung dan berharap lebih ramai akan hadir sepertimana objuektif yang telah disasarkan.

Beliau bersama pengurusan UPM yang telah menghadiri Majlis Perasmian MAHA 2022 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang berkata kunjungannya dan masyarakat luar di reruai UPM meningkatkan semangat penyelidik UPM.

 

“Setakat ini saya tengok keadaan di reruai pameran UPM sesak dan saya sangat berpuas hati. Kunjungan ini akan memberi semangat kepada penyelidik-penyelidik kita untuk terus menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti.

“Harapan saya pengunjung-pengunjung dapat hadir dan singgah ke booth UPM kerana banyak produk hasil daripada penyelidikan UPM yang menghasilkan produk berasaskan pertanian.

"Saya amat berterima kasih kepada semua petugas UPM yang bertungkus-lumus menjaga pameran UPM," katanya.

 

Beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama petugas reruai UPM dan pengunjung yang hadir melihat produk inovasi UPM.

 

UPM turut serta dalam penganjuran MAHA 2022 dengan menampilkan 14 produk inovasi yang dipamerkan dalam tiga kategori iaitu ternakan, tanaman dan teknologi makanan daripada eplbagai PTJ di UPM.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi pameran UPM dan bertemu dengan pakar-pakar kami di Dewan A, reruai A14.

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin dan Dekan Fakulti Pertanian, Prof. Madya Dr. Nur Azura Adam.- UPM.

 

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdPAH~