Operasi EDUPARK Kini Berpindah Ke UCTC | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Operasi eDUPARK Kini Berpindah ke UCTC

Operasi eDUPARK Kini Berpindah ke UCTC

SERDANG, 18 Mei - Program eDUPARK yang telah ditubuhkan di bawah PSP kini telah dipindahkan ke Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC UPM), di Bangunan Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Putra Malaysia. 

eDU-PARK UPM adalah program pelancongan pendidikan yang berasaskan pengalaman secara langsung di Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini adalah inisiatif inovatif oleh UPM untuk membawa komuniti kepada inovasi dalam bidang pertanian, sains, teknologi dan kejuruteraan. 

eDU-PARK UPM menawarkan pelbagai pengalaman menarik kepada pelajar, masyarakat dan pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bidang-bidang tersebut.

Program eDU-PARK® bertujuan untuk menggabungkan pengalaman akademik dan santai bagi memberikan pengalaman yang unik kepada pelajar dan masyarakat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan UPM sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan yang utama pada peringkat antarabangsa.

Pengoperasian baharu di bawah UCTC entiti Pejabat TNCJIM yang berkait rapat dengan aktiviti komuniti dan masyarakat dilihat bertepatan dengan konsep dan fokus eDUPARK UPM. 

Penstrukturan ini termasuk perpindahan tiga orang pegawai PSP ke UCTA iaitu Pn Hidayah Mad Halid, Pegawai Penyelidik, dan staf pelaksana Mohd Najib Hamzah, Pembantu Makmal  dan Khairul Azman Rosli, PTPO.

Semoga penstrukturan baharu ini akan dapat meningkatkan lagi kemajuan dan pencapaian eDUPARK UPM.

Maklumat lanjut hubungi norhidayah_m@upm.edu.my.  

 

Tarikh Input: 18/05/2023 | Kemaskini: 26/05/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUGAw~