Penyelidik UPM Perkenal Inovasi Di MyTech Pitch | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Penyelidik UPM Perkenal Inovasi Di MyTech Pitch

Penyelidik UPM Perkenal Inovasi Di MyTech Pitch

 

KUALA LUMPUR, 18 Julai  – Penyelidik UPM, Dr Adi Azriff Basri daripada Fakulti Kejuruteraan telah berjaya membentangkan teknologi Intravenous Cannula Protector (IVC Protector) yang dapat membantu pesakit di program MyTech Pitch anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

MOSTI akan meneruskan penganjuran program bulanan iaitu MyTech Pitch Bil. 8/2021 (Road to Malaysia Commercialisation Year (MCY) Summit 2021dengan tema Sensor Tech, 4D/5D Printing, 5G/6G dan Cyber-security & Encryption” pada 7 Disember 2021 (Selasa) secara dalam talian.

 

Objektif utama IVC Protector adalah merekabentuk dan memperkembangkan sebuah alat pelindung kanula IV yang berkesan (IVC Protector) dengan reka bentuk yang menjimatkan kos dan tidak menghalang protokol semasa infusi IV. Alat Pelindung IVC ini mempunyai kebaharuan dari segi satu bahagian anggota pengehad dan 2 lubang slot untuk tujuan jaminan keselamatan, mengukir rongga untuk lebih memudahkan penyingkiran pita perubatan dan bahagian suntikan lubang untuk memudahkan suntikan ubat cecair.

 UPM hasilkan inovasi IVC Protector bantu kurang sakit penggunaan Cannula |  DagangNews.com

Ciptaan terbaru ini berkait rapat dengan membangunkan sebuah alat pengaman IV terlindung yang melindungi bahagian tusukan urat pada alat akses IV dari sebarang bentuk manipulasi, dengan itu mengelakkan pelucutan berlaku.

 

Program MyTech Pitch  ini merupakan satu platform dalam bentuk sesi product pitching yang menemukan penyelidik produk/teknologi/perkhidmatan (R&D) teknologi tempatan terpilih dengan bakal start-ups/venture capitals/angel investors sebagai satu usaha untuk melonjakkan pengkomersialan R&D tempatan. Program ini memfokuskan kepada bidang strategik sebagaimana dalam Kerangka Kerja 10-10 MySTIE.

 

Siri kelapan (8) program ini akan dilaksanakan dengan penglibatan penyelidik dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti, Pusat Penyelidikan Tempatan dengan bantuan kerjasama Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi

 

Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEYTAd~