Perbincangan Strategik Antara UPM Dan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Perbincangan Strategik antara UPM dan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia

Perbincangan Strategik antara UPM dan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia

INDONESIA, 13 Januari - Lembaga Studi Indonesia- Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan perbincangan strategik bagi meningkatkan kemasukan pelajar cemerlang Indonesia ke UPM.
 
Lembaga Studi Indonesia-Malaysia yang diwakili Ibu Ellen Lubis dan Bapak Agustian Nurdin telah berkongsi strategi dengan Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan delegasi UPM berkenaan usaha mereka untuk menarik lebih ramai pelajar Indonesia ke UPM bagi menyambung pengajian di peringkat pra dan pascasiswazah.
 
YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan dalam perbincangan tersebut turut menyatakan komitmen UPM untuk bekerjasama erat dengan Lembaga Studi Indonesia-Malaysia selain berkongsi perkembangan dan kejayaan terkini UPM bagi menyokong usaha promosi akademik di negara jiran tersebut.
 
Turut hadir, Dekan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FPAS), UPM, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid, Pengarah Putra Science Park (PSP), UPM, Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad dan Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik, En. Mohd Firdaus Zakaria.

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETQAQ~