PERBINCANGAN UPM – FARM FRESH TEROKA APLIKASI AGROVOLTAIC DI LADANG TENUSU | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PERBINCANGAN UPM – FARM FRESH TEROKA APLIKASI AGROVOLTAIC DI LADANG TENUSU

PERBINCANGAN UPM – FARM FRESH TEROKA APLIKASI AGROVOLTAIC DI LADANG TENUSU

Serdang, 10 September – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui kumpulan penyelidik Agrovoltaic yang diketuai oleh Prof. Madya Ir. Dr. Mohammad Effendy Yaacob, Fakulti Kejuruteraan, bersama Penyelaras Projek Khas PSP , Dr. Alifdalino Sulaiman dari fakulti yang sama, telah mengadakan perbincangan strategik dengan En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh.
 
Perbincangan ini memberi fokus kepada potensi aplikasi teknologi Agrovoltaic di ladang tenusu Farm Fresh, yang dijangka mampu meningkatkan kecekapan tenaga, mengoptimumkan penggunaan tanah serta menyokong kelestarian operasi syarikat. Melalui kolaborasi ini, UPM berperanan sebagai rakan penyelidikan strategik dalam memacu integrasi teknologi hijau ke arah pembangunan pertanian mampan yang berimpak tinggi.

Tarikh Input: 11/09/2025 | Kemaskini: 11/09/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (11:18:29am-11:23:29am, 19 Sep 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]