Pertandingan Idea Ideavault, Festival Idea Putrajaya (PFOI) | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Pertandingan Idea Ideavault, Festival Idea Putrajaya (PFOI)

Pertandingan Idea Ideavault, Festival Idea Putrajaya (PFOI)

 
Ayuh Sertai IDEAVAULT - FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA
 
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi, bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Putra Science Park (PSP), telah melancarkan pertandingan idea iaitu IdeaVault bersempena dengan Festival Idea Putrajaya (PFOI).
 
IdeaVault merupakan platform inovatif yang bertujuan mengumpulkan 100,000 idea daripada rakyat Malaysia. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat, termasuk pelajar sekolah, mahasiswa, komuniti setempat, penjawat awam, dan sektor swasta, tanpa mengira latar belakang. Dengan penyertaan individu berumur 10 hingga 70 tahun, IdeaVault mendorong cetusan idea yang praktikal, kreatif, dan realistik untuk direalisasikan.
 
Pertandingan ini menyediakan peluang eksklusif kepada peserta untuk menyumbangkan idea bernas serta memenangi hadiah menarik.
Lebih menarik lagi, idea-idea terbaik akan dipilih untuk dibangunkan ke peringkat lebih tinggi, menjadikannya berpotensi untuk diimplementasikan secara nyata.
 
Penyertaan secara PERCUMA ini bermula dari 28 November hingga 12 Disember 2024.
IdeaVault membuka ruang kepada lima (5) kumpulan sasaran, merangkumi empat (4) bidang fokus utama.
Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada perjalanan transformasi inovasi negara.
 
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, layari:
 
Jom sertai dan sumbangkan idea anda bersama, kita membentuk masa depan yang lebih kreatif, berdaya saing, dan penuh inovasi.
 
 
 
   
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 25/11/2024 | Kemaskini: 04/03/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (07:24:10am-07:29:10am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]