Program “From Lab To Market” Kupas Potensi Harta Intelek Jana Pendapatan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Program “From Lab to Market” Kupas Potensi Harta Intelek Jana Pendapatan

Program “From Lab to Market” Kupas Potensi Harta Intelek Jana Pendapatan

Serdang, 20 Jun – Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) UPM dengan kerjasama Putra Science Park (PSP) telah menganjurkan program dalam talian bertajuk “From Lab to Market: Generating Income Through Intellectual Property” pada 20 Jun 2025.
 
Program selama dua jam itu menampilkan Assoc. Prof. Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah PSP, yang berkongsi panduan praktikal bagaimana penyelidik boleh melindungi hasil inovasi dan menjana pendapatan melalui pengkomersialan harta intelek.
 
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan penyelidik tentang pentingnya strategi perlindungan IP dalam membawa teknologi ke pasaran.

Tarikh Input: 20/06/2025 | Kemaskini: 20/06/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
S, (02:38:04am-02:43:04am, 11 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]