30 Jun 2026: Program Kick-Off Projek Rintis CariLab – Sistem Pengurusan Makmal telah menghimpunkan penyelidik Dr. Nor Shafizah binti Ishak, wakil pengurusan makmal UPM, Bahagian Pengurusan Makmal Universiti (BPMU), Putra Science Park (PSP) serta Synchronetwork Sdn. Bhd., pelesen harta intelek UPM bagi teknologi CariLab, untuk memulakan pelaksanaan projek rintis di UPM.
CariLab ialah platform digital untuk tempahan dan pengurusan perkhidmatan makmal yang memudahkan akses kepada perkhidmatan pengujian dan analisis. Ia menyediakan cara yang lebih mudah, tersusun dan telus dalam pengurusan perkhidmatan makmal.
Projek rintis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif UPM Products First, yang membawa teknologi hasil penyelidikan UPM untuk digunakan dalam ekosistem universiti. Melalui inisiatif ini, UPM berperanan sebagai pengguna awal (first adopter) dalam menguji, menambah baik dan memperkukuh sistem sebelum diperluaskan.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi UPM yang memberi manfaat kepada universiti, industri dan masyarakat.
Tarikh Input: 01/07/2026 |
Kemaskini: 01/07/2026 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA