Program Pendidikan Alam Semulajadi Bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Program Pendidikan Alam Semulajadi Bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah 2022

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bagi Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Rendah 2022

Serdang, 23 November 2022- Seramai 35 orang murid dari Sekolah SK Putrajaya Presint 8(2), SK Putrajaya Presint 9(2), SK Kota Warisan, SK Salak dan SK Taman Putra Perdana berpeluang mengadakan Program Pendidikan Alam Semulajadi dibeberapa lokasi Edu-Park, Universiti Putra Malaysia.

Melalui program ini, murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berkonsepkan alam semulajadi. Murid-murid telah dibawa ke Pusat Ekuin, UPM dan menerokai pelbagai aktiviti menarik seperti memberi makan kuda, berpeluang berinteraksi dengan kuda, dan demonstrasi horse grooming.

Seterusnya, murid-murid dibawa ke Ladang Bersepadu, Ladang 10. Di sini mereka berpeluang menjelajah ladang. Murid-murid tertarik dengan penerangan dari fasilitator mengenai lebah kelulut, belajar menanam sayur & pokok buah serta berpeluang beri makan ikan. Fasilitator membantu dan menggalak peserta melibatkan diri dalam semua aktiviti yang telah dirancang.

Melalui kaedah dan pendekatan pembelajaran secara hands on ini, ia dapat memberi peluang guru-guru mengenal tahap keupayaan murid dan sebagai salah satu intervensi awal agar tahap keupayaan mereka dapat dioptimumkan. Pendekatan sedemikian yang melibatkan deria sensori adalah teknik pembelajaran yang menggabungkan konsep teori dan fizikal dengan memenuhi aspek pendengaran, pemerhatian, percakapan dan pergerakan fizikal.

Adalah menjadi keutamaan Edu-Park, Putra Science Park membangunkan modul pembelajaran khusus yang menerapkan konsep belajar sambil bermain sesuai untuk setiap peringkat umur.

Menurut Pegawai Penyelidik Seksyen Edu-Park, Pn. Norhidayah Mat Halid berkata, Edupark mempunyai peranan tersendiri dalam menarik minat dan perhatian para pelawat untuk belajar menerokai dengan cara yang lebih santai tetapi bersifat informatif selain dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Tambahan pula UPM adalah sebagai peneraju kepada edu pelancongan yang pertama di negara ini yang mempunyai modul-modul komprehensif dari pelbagai bidang.

Program ini berakhir pada jam 1.00 petang dengan sambutan menggalakkan diterima dari murid-murid. Jumpa lagi ya!

 

 

Tarikh Input: 01/12/2022 | Kemaskini: 23/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaNA2~