Putra Science Park, UPM telah menganjurkan Program Rejuvenasi Minda Inovasi "From Lab to Market" Sesi Ke-2: Transforming Research into Impact: Commercialization Strategies and Startup Creation bersempena dengan Bulan Sinergi Putra 2026 yang berlangsung di Rashid Theaterette, UPM-MTDC Technology Centre.
Program dimulakan dengan ucap utama oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, RTTP, Pengarah Putra Science Park, UPM, diikuti perkongsian mengenai Research Commercialization Roadmap: Strategic Steps for Researcher oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, RTTP, serta sesi Commercialization via Start-up under InnoHub Program oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman. Program diakhiri dengan lawatan ke Galeri Penyelidikan dan Inovasi, Putra Science Park.
Semoga perkongsian sepanjang program ini dapat memberi pendedahan yang lebih jelas kepada para peserta mengenai strategi pengkomersialan hasil penyelidikan, pembangunan syarikat pemula (startup), serta membuka peluang untuk menterjemahkan inovasi dari makmal ke pasaran dengan lebih berkesan.
Tarikh Input: 26/06/2026 |
Kemaskini: 26/06/2026 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA