PSP Anjur Jualan Produk Komersil Di Putra Mart | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Anjur Jualan Produk Komersil Di Putra Mart

PSP Anjur Jualan Produk Komersil Di Putra Mart

SERDANG, 5 Julai – PSP dengan kerjasama Pusat Pertanian Putra (PPP) dan Pusat Alumni UPM telah berjaya menganjurkan aktiviti penjualan Produk Komersil UPM yang bertempat di Putra Mart pada 5 Julai 2022 bermula jam 9.00 Pagi sehingga 5.30 Petang.
Menurut Pn Nor Hidayah Mad Halid, penyelaras program di eDUPARK, program ini telah dilaksanakan bersempena meraikan kehadiran ALUMNI Kolej Pertanian Malaya (KPM) tahun 1972 yang kembali melawat UPM.

Kira-kira seramai 130 orang alumni (bersama pasangan) Kolej Pertanian Malaya (KPM) tahun 1972 kembali semula ke Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 tahun KPM 1972.

Perjumpaan semula para alumni KPM kelas 1972 bermula 4 Julai sehingga 6 Julai itu menggamit semula memori kenangan sepanjang mereka belajar di sini.

 Jayaraman, 75, yang berasal dari Sg. Petani, Kedah berkata beliau berasa sangat gembira dapat kembali semula ke UPM walaupun banyak perubahan dan pembangunan yang sudah berlaku di UPM.

"Ketika di KPM tahun 1972 saya seorang sahaja pelajar berbangsa India namun sehingga kini saya masih berkawan dengan yang lain dan hubungan kami sangat rapat.

"Kami memilih untuk bertemu kembali di UPM sempena sudah 50 tahun KPM 1972 meninggalkan Kolej Pertanian dan kini kolej ini sangat berubah," katanya.

Pada hari kedua lawatan dan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 tahun KPM 1972 mereka berkesempatan melawat beberapa tempat menarik di UPM seperti Putramart, Taman Konservatori Institut Biosains dan Ladang 10 UPM.

Pelbagai produk hasil teknologi UPM yang diusahakan oleh syarikat pemula di bawah program InnoHub PSP telah menjual pelbagai produk yang  menarik antaranya

aiskrim ulam raja, aiskrim yang diformulasikan dengan perisa ulam raja, teh berperisa ulam raja yang dipenuhi khasiat dan kebaikan ulam raja kini dihidangkan secara minuman kepada pelawat, Sari Rasa Pes & Sos Berasaskan Labu Manis, produk kosmetik, baja dan lain -lain lagi.

Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUWAP~