PSP Anjur Sidang Media Putra Cipta Pasca COVID-19 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Anjur Sidang Media Putra Cipta Pasca COVID-19

PSP Anjur Sidang Media Putra Cipta Pasca COVID-19

SERDANG, 11 Mei 2022 – Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP UPM berjaya melaksanakan Sidang Media Putra Cipta pertama kali bagi tahun 2022 setelah hampir 2 tahun tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik COVID-19.

Menurut Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik PSP, kali terakhir pelaksanaan Sidang Media Putra Cipta adalah pada 5 Disember 2019 yang dilaksanakan di Fakulti Kejuruteraan bersempena 7th International Symposium on Applied Engineering and Sciences 2019 (SAES2019).

Putra Cipta ketika itu mempromosi permeteraian Perjanjian Pelesenan (MoA) di antara UPM dan Nextgreen Pulp & Paper (NGPP) Sdn Bhd bagi mengkomersilkan inovasi nanoselulosa daripada biomas kelapa sawit bagi menghasilkan produk pembungkusan makanan bebas plastik.

Sidang media Putra Cipta merupakan salah satu aktiviti hasil kerjasama dengan Pusat Strategi Perhubungan Korporat (PSPK) UPM bagi mempromosikan inovasi atau produk yang dihasilkan oleh penyelidik UPM melalui media massa agar dapat disampaikan kepada industri dan komuniti amnya.

Menurut Wan Nuryani Bt Wan Mohamed Rosly, Pegawai Eksekutif PSP selaku pegawai penyelaras Sidang Media Putra Cipta, pelaksanaan sidang media pertama ini dirancang di dalam tempoh yang singkat berikutan cadangan PSPK mengenai kebenaran pihak media masuk ke UPM baru-baru ini dan tempoh waktu bulan Ramadan yang amat sesuai dengan kelapangan masa pihak media.

Sidang Media Putra Cipta Siri 1/2022 ini mengetengahkan inovasi Dr. Muhammad Fadhil Syukri Ismail daripada Fakulti Pertanian iaitu FS Feed - Inovasi Penggantian Makanan Hidup dalam Industri Akuakultur.

FS Feed telah menerima pelbagai anugerah antaranya ialah penerima pingat emas di The International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2021), International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA 2019), dan telah tercalon dalam senarai lima (5) inovasi terbaik dalam Business Pitch Plan anjuran PECIPTA 2019.

Permulaan ini diharap akan dapat dilaksanakan dengan lebih giat lagi berikutan pelbagai  kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak Kerajaan Malaysia bagi menjalankan pelbagai aktiviti seharian.

Usahasama berterusan dengan pihak media ini diharap akan  dapat mengoptimumkan peluang pasaran dengan keterlihatan inovasi dan produk UPM untuk dihebahkan di akhbar-akhbar tempatan.

Tarikh Input: 11/05/2022 | Kemaskini: 29/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcXAm~