PSP Bantu FRIM Kenal Pasti Potensi Produk Ke Pasaran | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Bantu FRIM Kenal Pasti Potensi Produk ke Pasaran

PSP Bantu FRIM Kenal Pasti Potensi Produk ke Pasaran

 

SERDANG, 6 Nov - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah membantu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)  mengenal pasti potensi produk ke pasaran melalui program, kerjasama Bengkel ‘Lean Market Validation’ selama dua hari bermula dari 29 hingga 30 September 2020 di FRIM Kepong Selangor.

Bengkel yang dihadiri seramai 25 orang peserta daripada penyelidik dan kumpulan pengurusan dan professional, dijayakan melalui Bahagian Inovasi dan Komersialisasi (ICD) dan Cawangan Latihan (CLP), FRIM, bertujuan mendedahkan para peserta kepada kaedah validasi inovasi dalam mengenal pasti sasaran pasaran bersesuaian bagi produk inovasi yang dihasilkan oleh institut tersebut.

“Para peserta didedahkan dengan ‘Lean Model Canvas’ (LMC) bagi menterjemahkan idea inovasi melalui proses validasi sebelum ianya boleh keluar ke pasaran dan bengkel ini merupakan platform terbaik dalam berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi mengembangkan potensi produk inovasi untuk dikomersialkan oleh institut ini”, kata Adrian Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif, Seksyen InnoHub, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan PSP yang juga bertindak sebagai ketua jurulatih pada bengkel tersebut.

Menurut beliau lagi, peserta bengkel juga diberi peluang untuk mengadakan sesi temuramah bersama pelanggan yang berpotensi di luar FRIM bagi mendapatkan persepektif pasaran semasa setiap prototaip yang terhasil.

Sementara itu, bengkel dua hari yang berlangsung di Vila Aromatika FRIM tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian ICD, Encik Mahmudin Saleh dan turut dibantu oleh Hafliza Hussin, Pegawai Eksekutif di Unit Perkhidmatan Latihan yang juga merupakan pengurus projek program latihan inovasi Putra Dynamics, PSP. - UPM

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZUAJ~