PSP Promosi Inovasi Di Platform FMM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Promosi Inovasi di Platform FMM

PSP Promosi Inovasi di Platform FMM

SERDANG, 28 Feb - Putra Science Park (PSP) UPM menerusi Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi terus melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi melalui jaringan industri secara dalam talian, pameran dagangan maya dan hebahan media bagi menarik minat industri terhadap teknologi UPM.

Menurut Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Seksyen Promosi dan Pemasaran PSPInovasi, impak pemasaran oleh PSP dan penyelidik sendiri, telah berjaya membawa syarikat ke mesyuarat suai padanan industri supaya penyelidik dapat menerangkan teknologi dengan lebih terperinci serta memahami ekspektasi syarikat dalam mengkomersilkan teknologi UPM.

Terkini maklumat umum pencapaian pengkomersilan dan teknologi UPM yang berpotensi untuk dikomersilkan oleh pihak industri telah di promosikan di platform Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) atau  Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia.

Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) ialah organisasi ekonomi utama Malaysia. Sejak penubuhannya pada 1968, FMM secara konsisten menerajui pengeluar Malaysia dalam menerajui pertumbuhan dan pemodenan negara.

Hari ini, sebagai organisasi ekonomi sektor swasta terbesar di Malaysia yang mewakili lebih 3,000 syarikat pembuatan dan perkhidmatan perindustrian dengan pelbagai saiz, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) adalah suara industri yang diiktiraf dan diiktiraf secara rasmi.

Putra Science Park sentiasa komited untuk berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk NGO bagi memastikan aktiviti pengkomersilan harta intelek dapat dibangunkan dengan jayanya. Usaha berterusan akan sentiasa dijalankan supaya pelaburan R&D oleh pihak kerajaan dan swasta dapat dimanfaatkan untuk kemajuan negara dan industri.

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaRAf~