PSP Terima Kunjungan Hormat Dari SUK Selangor | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Terima Kunjungan Hormat dari SUK Selangor

PSP Terima Kunjungan Hormat dari SUK Selangor

PSP TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI SUK SELANGOR.
 
Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin
 
 
Putra Science Park menerima kunjungan hormat dari pelawat yang terdiri daripada Bahagian Korporat, SUK Selangor.
 
Kedatangan En Shamsul dan En Fakhri Marzuki dari Seksyen Pembudayaan Inovasi, Bahagian Korporat, SUK Selangor disambut oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah PSP, Prof.Madya Dr Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah PSP dan YBhg. Prof. Dr. Aduwati Sali.
 
Dalam sesi perkongsian ini, Prof. Madya Dr Wan Nurhayati mengambil kesempatan berkongsi aktiviti inovasi dan pengkomersilan harta intelek yang diuruskan oleh Putra Science Park.
 
Kedua-dua belah pihak turut berkongsi pengalaman dan kepakaran ke arah konsep smart state.

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUAAZ~