PSP Terima Lawatan Penanda Aras Dari CIC, USM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Terima Lawatan Penanda Aras dari CIC, USM

PSP Terima Lawatan Penanda Aras dari CIC, USM

13 Februari 2022, Serdang - Putra Science Park menerima lawatan penanda aras dari CiC USM - Centre for Innovation and Consultation, USM yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Srimala Sreekantan bersama dua timbalan pengarah, Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar dan Dr. Firdaus, En Khairul Syahmi dan Pn Aqilah pagi ini bertempat di Bilik Seminar, PSP.

 

Delegasi CIC USM disambut oleh Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah PSP bersama Prof. Madya Dr. Wan Norhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah PSP dan Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Koordinator InnoHub beserta beberapa pegawai atasan yang lain.

 

Lawatan penanda aras ini bertujuan mendapatkan input dan perkongsian berkenaan pengurusan syarikat pemula universiti dan pengurusan harta intelek. Dalam sesi perkongsian ini, kedua-dua universiti turut bertukar pandangan dan input bagi memperkasakan teknologi dan pengurusan syarikat pemula.

 

Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Putra Science Park, memulakan sesi pembentangan santai berdasarkan berpengalamanya yang meluas semasa menyelaras program InnoHub di peringkat permulaan penubuhannya.

 

Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dan juga Penyelaras Program InnoHub yang berpengalaman di dalam menguruskan syarikat pemula, serta Encik Adrian Joseph, Pegawai Eksekutif 1 PSP merangkap mentor bagi program InnoHub telah memastikan program ini berjaya dilaksanakan secara berterusan.

 

Model InnoHub PSP UPM juga telah menjadi rujukan atau "role model" daripada pelbagai agensi dan IPT di Malaysia. Semoga kejayaan InnoHub akan dapat memberi impak positif dan membantu lagi meningkatkan industri dan kemajuan teknologi di Malaysia.

Penutup majlis diraikan dengan pemberian cenderahati oleh pihak USM kepada UPM dan sebaliknya. Diharap dengan perkongsian informasi dan aktiviti pengurusan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEYOAY~