PSP Terima Sumbangan Dua Naskhah Buku Daripada Sasterawan Negara | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Terima Sumbangan Dua Naskhah Buku Daripada Sasterawan Negara

PSP Terima Sumbangan Dua Naskhah Buku Daripada Sasterawan Negara

 

May be an image of 8 people, people sitting, people standing, headscarf and indoor

 

SERDANG, 10 Januari - Putra Science Park, UPM berbesar hati menerima sumbangan dua naskah buku daripada Sasterawan Negara YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan pada 10 Januari 2023 di Sudut READ@UNI PSP Lantera Ilmu, Putra Science Park UPM. 

“Sudut Bacaan Lantera Ilmu PSP telah dibangunkan sebagai salah satu program selari dengan pelaksanaan program READ@UNI yang dijalankan di seluruh pusat tanggungjawab di UPM selaras dengan seruan ‘Sederap Melangkah Menuju Al Falah’ yang bertunjangkan ilmu pengetahuan” menurut Pn Wan Nuryani, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi I, Lantera Ilmu. 

Menariknya, sudut itu juga dijadikan ruang ekspresi hasil karya seni Ahli Lantera Ilmu, koleksi bacaan, dan sumbangan karya istimewa daripada tokoh-tokoh sastera dan seni tanahair.

Menurut Cik Nor Azizah Ismail, Timbalan Pengerusi II Sudut Lantera Ilmu berkata, salah satu objektif Lantera Ilmu dibangunkan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran budaya membaca, literasi ilmu serta aktiviti sastera, kesenian dan kebudayaan di kalangan staff Putra Science Park khususnya dan UPM amnya.

Menurut Pengerusi Lantera Ilmu, Asrizam Esam,  tahun 2023 merupakan tahun yang menarik bagi warga PSP menggiatkan semula sudut Lantera Ilmu yang kurang aktif akibat pandemik yang melanda.

"Menariknya kali ini aktiviti membaca, berpuisi, lawatan dan aktiviti kebudayaan akan diserikan dengan tetamu undangan bagi memeriahkan lagi budaya literasi seiring dengan tema Membaca Literasi Ilmu".

"Sudut ini juga masih memerlukan sumbangan buku daripada pelbagai pihak yang sudi menyumbang di pojok bacaan kecil ini bagi menambah lagi koleksi bahan bacaan disini", tambahnya lagi.

Kami warga Putra Science Park UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kesudian Sasterawan Negara YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan. 

 

Tarikh Input: 30/01/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbMAQ~