PSP -UPMKB Berkolaborasi Pamer Teknologi Di INTEX 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP -UPMKB Berkolaborasi Pamer Teknologi di INTEX 2022

PSP -UPMKB Berkolaborasi Pamer Teknologi di INTEX 2022

KUCHING, 20 Jun – Putra Science Park dan UPM Kampus Bintulu berkolaborasi bagi mempamerkan hasil penyelidikan dan pengkomersilan teknologi  UPM di Innovation Technology Expo (InTEX22) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sempena penganjuran Social Science and Humanities Research Conference 2022 (SSHR22) bertempat di Pullman Hotel, Kuching Sarawak bermula pada dari 15 hingga 16 Jun 2022.

 

Terdapat lebih 15 hasil pengkomersilan teknologi yang dipamerkan dan hasil penyelidikan terkini UPM, info persidangan food-tech anjuran UPMKB, program akademik UPMKB dan info edu pelancongan atau eduPark UPM di reruai pameran UPM. YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak turut meluangkan masa di reruai pameran UPM semasa program berlangsung.

 

Putra Science Park diwakili oleh Asrizam Esam , Pegawai Penyelidik Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi mengenegahkan kejyaan pengkomersilan UPM yang telah mengkomersilkan lebih 200 harta intelak hasil daripada 2,100 harta intelek yang telah berjaya dihasilkan di dalam pelbagai bidang industri.

 

Muhammad Amirin Sofi Bin Mohd Hairuddin, Pegawai Eksekutif Putra Dynamic PSP juga

Berjaya menarik minat pelbagai pelawat industri, agensi kerajaan dan pelajar sekolah serta kolej yang berminat melihat hasil penyelidik UPM yang diketengahkan.

 

YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang turut diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) berserta Pengurusan UNIMAS turut berkesempatan  berkunjung ke reruai pameran UPM bersempena Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah INTEX 2022.

 

Tahniah kepada penyelidik UPM daripada UPMKB dan Serdang yang telah memenangi pingat R&D yang dipertandingkan pada INTEX 2022 kali ini. Reruai pameran UPM juga turut mendapat liputan media RTM sewaktu lawatan tetamtu kohormat pada hari terakhir program yang berlangsung.

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 30/06/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdPA6~