PSP Wakili Malaysia Di WIPO-CNIPA Training Course Di Shenzhen | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Wakili Malaysia di WIPO-CNIPA Training Course Di Shenzhen

PSP Wakili Malaysia di WIPO-CNIPA Training Course Di Shenzhen

SHENZEN, China – Dua pegawai Putra Science Park telah mendapat penajaan penuh daripada Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) untuk menghadiri kursus WIPO-CNIPA Training Course on Management and Commercialization of Intellectual Property (IP) Assets yang diadakan di Shenzhen, China dari 14 hingga 18 Oktober 2019.

Kedua-dua pegawai tersebut adalah Hafliza Hussin, Pegawai Eksekutif di Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi yang memegang potfolio pembangunan modal insan inovasi  kepada pengurus pusat pemindahan teknologi  diperingkat tempatan dan juga antarabangsa. Manakala Suzalina Akma Awing, Pegawai Sains daripada unit Pemindahan Teknologi bertanggungjawab dalam aktiviti pemantauan pemindahan teknologi.

Kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai daripada pusat pemindahan teknologi universiti, institusi penyelidikan dan pembangunan (R & D) serta  industri yang terlibat secara terus dengan pengurusan pembangunan harta intelek sehinggalah kepada pengkomersilan harta intelek.

“Kursus sebegini sememangnya memberi nilai tambah kepada peserta bagi menjalankan tugas harian dengan lebih efisyen dan efektif, disamping dapat melihat dan mempelajari kejayaan pengurusan harta intelek di China yang menjadi negara yang semakin hebat dalam pemindahan teknologi”, ulas Hafliza

Antara peserta negara lain yang terlibat adalah daripada Korea, Pakistan, Libya, India, Afrika Selatan, Turnisia, China,Botswana dan Zimbabwe.

Tarikh Input: 16/12/2019 | Kemaskini: 16/12/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbHAr~