PUTRA BLOK - Inovasi Bantu Mudahkan Pembinaan Rumah | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PUTRA BLOK - Inovasi bantu mudahkan pembinaan rumah

PUTRA BLOK - Inovasi bantu mudahkan pembinaan rumah

PUTRA BLOK: SISTEM BINAAN BLOK BERONGGA KAIT PANCA TANGGUNG BEBAN

Putra Blok merupakan hasil ciptaan penyelidik-penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Perumahan (HRC), Universiti Putra Malaysia. Ia adalah sistem binaan blok berongga kait panca tanggung beban yang berinovatif dan direkabentuk untuk memenuhi keperluan koordinasi modular yang sebahagian daripada konsep Sistem Binaan Berindustri (IBS). Putra Blok terdiri daripada 3 jenis blok iaitu stretcher, Corner dan half. Sistem binaan blok berongga kait panca tanggung beban ini dipromosikan sebagai  salah satu teknik binaan yang lebih ekonomi berbanding binaan konvesional.

Cara berfungsi
Idea utama Putra Blok adalah untuk menghapuskan penggunaan lapisan lepaan. Blok-blok ini saling bersambung melalui unjuran dan alur pada blok. Dengan ciri-cirinya yang ringan dan menjajar diri  akan mempercepatkan susunan blok berbanding binaan konvensional yang menggunakan lepaan dan mengurangkan bilangan pekerja.



Bahan/kaedah yang digunakan
Sistem Putra Blok terdiri daripada tiga unit-unit yang berlainan yang diberi nama sebagai stretcher, corner dan half. Setiap unit mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi geometri dan fungsi dalam sistem dinding. Secara umum, unit stretcher adalah unit utama yang digunakan dalan pembinaan dinding yang mengunakan blok. Ia juga memainkan peranan penting dalam menahan beban pada dinding. Unit corner pula berfungsi menghubungkan dua atau lebih dinding silang pada simpang, manakala unit half pula berfungsi sebagai unit pelengkap dalam menyiapkan dinding.

Penjimatan
Putra Blok adalah menggalakkan lebih banyak pembinaan perumahan berkualiti yang mampu milik. Sistem Putra Blok ini menyediakan alternatif kepada kos yang efektif terhadap bahan dan sistem binaan yang sedia ada. Kemudahan pembuatan yang efisien telah direkabentuk, dibangunkan dan difabrikasi untuk menghasilkan Putra Blok secara besar-besaran. Penjimatan tambahan pada kos pembinaan adalah disebabkan oleh penghapusan mortar, bar tetulang dan melepa dalam struktur bangunan. Keperluan bagi buruh mahir dapat dikurangkan dan masa pembinaan juga menjadi lebih pendek. Kualiti lebih terjamin disebabkan Putra Blok dihasilkan melalui pembuatan kilang.

Kelebihan Sistem Putra Blok
- Bentuk yang terpilih yang bersifat sederhana
- Menjajar diri dan mudah disusun
- Keupayaan untuk menyediakan tempat untuk pengukuh mendatar dan menegak
- Sangat berkesan untuk menahan daya (ricih/normal) yang terjadi disebabkan beban yang dikenakan
- Berat yang berpatutan untuk memudahkan susunan oleh pekerja
- Kekuatan tinggi dan kebolehtahanlasakan yang baik
- Beban galas dan ricih kawasan yang disediakan oleh Putra Blok adalah tahan terhadap daya menegak dan daya sisih

Ciri Khas
Ciri-ciri istimewa pada rumah yang menggunakan Sistem Putra Blok adalah seperti berikut:

- Tiada acuan struktur
- Sistem binaan berkait panca tanpa lepaan
- Mudah disusun/Menjajar diri
- Pembinaan yang lebih pantas
- Dimensi koordinasi modular
- Menggalakan Sistem Binaan Berindustri (IBS)

Perlindungan harta intelek
Putra Blok telah mendapat paten daripada United Kingdom (2002), Malaysia (2003) dan Amerika Syarikat (2005). Putra Blok telah dikomersilkan dengan kerjasama UPM dengan Syarikat Triple A Engineering Sdn, Bhd. yang menyasarkan pengguna di dalam industri pembinaan seperti konsultan, kontraktor atau orang perseorangan.

Anugerah dan pengiktirafan
- Pingat Emas,  International Exhibition of Inventions in Geneva 2001
- Anugerah CIDB R&D, International Construction Week 2002
- Pingat Perak, British Invention Show in Alexandra Palace, London 2004
- Pingat Perak, International Exhibition  New Product in Nuremberg, German 2004
- Pingat Emas, IPTA Exhibition 2005

Penyelidik
Dato’ Ir. Abang Abdullah Abang Ali
Pusat Penyelidikan Perumahan (HRC), Level 10, Tower Block,
FAkulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Selangor Darul Ehsan


Putra Blok


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566451593