6 Februari 2025 – Putra Science Park, UPM telah menerima lawatan jaringan industri daripada Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNet) bersama Malaysian Investment Development Authority (MIDA). Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam pembangunan bakat serta menyelaraskan hubungan industri dan akademia UPM agar sejajar dengan keperluan industri semasa.
Delegasi lawatan ini diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan CiRNet, Puan Noorhayati Fazlul Haque, dan dipengerusikan oleh Prof. Madya Siti Rahayu Hussin selaku Penyelaras InnoHub. Turut hadir ialah Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokthtar, Ketua Seksyen InnoHub dan Pn. Noor Fadilah Ayu Wichi, Pegawai Eksekutif InnoHub, PSP.
Dalam sesi ini, Putra Science Park memperkenalkan Program InnoHub yang berperanan memupuk bakat serta membimbing syarikat pemula (startups) dalam usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan UPM. Perbincangan turut menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara industri dan akademia untuk melahirkan graduan yang kompetitif serta memenuhi kehendak pasaran kerja.
Lawatan ini membuka peluang kerjasama yang lebih erat antara UPM dan sektor industri dalam membangunkan ekosistem inovasi yang lestari dan berimpak tinggi.
Tarikh Input: 07/02/2025 | Kemaskini: 07/02/2025 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia