Serdang, 15 Oktober 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) turut serta memeriahkan Hari Terbuka Pengajian Siswazah (Postgraduate Open Day) 2025 yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Seni dan Budaya Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Program anjuran Sekolah Pengajian Siswazah (SGS) ini bertujuan memperkenalkan lebih daripada 300 bidang pengajian siswazah yang ditawarkan oleh 15 fakulti, 11 institut dan 1 sekolah di UPM kepada bakal pelajar pascasiswazah.
Penyertaan PSP dalam pameran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali peranan PSP sebagai pusat pemindahan teknologi dan pengkomersilan inovasi UPM. Selain itu, PSP turut mempamerkan pelbagai hasil penyelidikan berimpak tinggi universiti yang berpotensi dikomersialkan kepada industri dan masyarakat.
Hari Terbuka ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi taklimat, kaunter khidmat nasihat, serta tawaran pengecualian yuran pemprosesan khas kepada pengunjung yang mendaftar pada hari program.
Tarikh Input: 16/10/2025 |
Kemaskini: 16/10/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA