Putra Science Park Sertai Pameran Hari Landskap Negara | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Putra Science Park Sertai Pameran Hari Landskap Negara

Putra Science Park Sertai Pameran Hari Landskap Negara

Putra Science Park Sertai Pameran Hari Landskap Negara

IPOH, 9 Mac - Putra Science Park sertai Pameran Hari Landskap Negara yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mac sehingga 12 Mac 2023 bertempat di Laman Sejahtera, Taman DR Seenivisagam, Ipoh Perak.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, Hari Landskap Negara 2023 yang bertemakan “Landskap Berkualiti Malaysia Madani” menyaksikan Bandaraya Ipoh menjadi tuan rumah dengan pelbagai aktiviti pameran dan jualan diadakan bagi memeriahkan lagi tarikan pengunjung khususnya warga Ipoh.

HLN 2023 diadakan bagi menggerakkan budaya landskap di kalangan rakyat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah.

Majlis Banraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan Fakulti Rekabentuk dan Seni bina dan juga Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar UPM bagi projek penanaman pokok sempena HLN 2023.

Putra Science Park (PSP) turut dijemput oleh pihak CIRNET bagi menyertai pameran HLN 2023. PSP telah mempamerkan 16 teknologi berkaitan pertanian dan sekuriti makanan yang telah dikomersilkan untuk dipamerkan kepada para pengunjung HLN 2023.

Selain reruai pameran dan jualan, Bandaraya Ipoh turut menyajikan  para pengunjung dengan demonstrasi bunga-bungaan, kenderaan saji, buskers, aktiviti kebudayaan, aktiviti komuniti, sukan rakyat dan pelbagai lagi. 

Hari Landskap Negara 2023 turut disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 11 Mac 2023. 

Dalam penyertaan pameran kali ini juga, program eDU-Park turut mengambil peluang mendekati masyarakat tempatan dengan mempromosikan 11 tempat tarikan edu-pelancongan. 

 

Tarikh Input: 17/03/2023 | Kemaskini: 21/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbBAf~