Putra Science Park Terima Kunjungan Hormat Daripada Perbadanan Putrajaya | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Putra Science Park Terima Kunjungan Hormat Daripada Perbadanan Putrajaya

Putra Science Park Terima Kunjungan Hormat Daripada Perbadanan Putrajaya

LAWATAN PENANDA ARAS PERKUKUHKAN HUBUNGAN PUTRA SCIENCE PARK, UPM - PERBADANAN PUTRAJAYA

Serdang, 10 November - Putra Science Park menerima kunjungan lawatan penanda aras dari pihak Perbadanan Putrajaya pada 10 November 2022.  Penanda aras merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan atau istiqomah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai, dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau organisasi yang lain. 

 

Seramai 12 peserta dari Perbadanan Putrajaya terlibat dalam sesi lawatan ini. Peserta yang terlibat terdiri daripada ahli Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dari pelbagai seksyen Perbadanan Putrajaya.  

Antara objektif lawatan ini adalah :

  1. Perkongsian ilmu pengetahuan, kemahiran berkaitan  Harta Intelek dan aktiviti KIK.
  2. Dapat mempelajari sesuatu yang baru dan terkini dari Putra Science Park berkaitan pengurusan harta intelek dan proses pengkomersilan harta intelek. 
  3. Bagi melihat suasana tempat kerja dan ruang yang digunakan di dalam Putra Science Park yang dilawati.
  4. Mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama yang lebih erat di antara agensi kerajaan yang terlibat bagi melancarkan urusan dan proses kerja.
  5. Merupakan salah satu alternatif bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang tugas masing-masing secara langsung.
  6. Menjadikan lawatan ini sebagai satu mekanisma bagi membuka minda yang sihat untuk lebih bersemangat dalam meningkatkan lagi produktiviti KIK. 

Pada kesempatan kali ini juga, pihak perbadanan putrajaya turut meluangkan masa melawat Muzium Warisan Melayu yang juga merupakan salah satu lokasi eDU-PARK di bawah pengurusan Putra Science Park. 

 

Delegasi Perbadanan Putrajaya turut berpeluang menikmati sarapan secara tradisional di dalam rumah tradisional Negeri Sembilan. 

Hasil daripada lawatan penandaarasan ini diharap dapat memberikan manfaat serta meningkatkan motivasi kepada Staf Perbadanan Putrajaya yang terlibat disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan mutu kerja.

Tarikh Input: 11/11/2022 | Kemaskini: 23/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdVAq~