Putra Science Park Terima Lawatan Penanda Aras Dari Finnet Institut, Kenya | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Putra Science Park Terima Lawatan Penanda Aras dari Finnet Institut, Kenya

Putra Science Park Terima Lawatan Penanda Aras dari Finnet Institut, Kenya

 

Putra Science Park Terima Lawatan Penanda Aras dari Finnet Institut, Kenya

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

Seramai 17 orang ahli Finnet Institute telah mengambil bahagian dalam lawatan penanda aras ke Putra Science Park, UPM pada 11hb Januari 2023. Delegasi yang diketuai oleh Prof. Abraham K. Waithima disambut oleh Prof. Madya Dr Wan Nurhayati dan Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli.

Finnet Institute adalah rangkaian kewangan bebas dan syarikat amanah yang menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan tadbir urus dengan memanfaatkan kepakaran pencen dan produk kewangan lain seperti insurans.

Mereka menawarkan nasihat strategik, menggunakan teknologi dan penyelesaian proprietari inovatif yang membantu pelanggan meningkatkan prestasi, menskalakan perkhidmatan sedia ada dan mewujudkan nilai mampan bagi pihak berkepentingan.

Finnet merupakan sektor yang bergerak khusus dalam bidang perundingan dan teknologi perkhidmatan kewangan dengan menggabungkan pengalaman dan kemahiran khusus di seluruh sektor perkhidmatan kewangan dan semua fungsi perniagaan.

Lawatan itu bertujuan meneroka dan menanda aras peluang di Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh dana pencen untuk mempercepatkan pelaburan, tadbir urus dan inovasi bagi menggalakkan liputan dan umur panjang pesara pencen.


Lawatan ini merupakan kali kedua Prof. Abraham K. Waithima di PSP sejak lawatan terakhir beliau  pada tahun 2019 di mana beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) ketika itu.

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbIAN~